Mahathir dan 5 MP Umum Jadi Blok Bebas, Tidak Lagi Bersama PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima lagi Ahli Parlimen (MP) yang dilucutkan keahlian dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan mereka menjadi blok Bebas bersama Parti Warisan Sabah (Warisan).

Menerusi kenyataan bersama hari ini, mereka turut mengisytiharkan tidak lagi bersama dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang kini diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”Kami juga membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kami tidak bergabung dengan mana-mana gabungan,” kata mereka dalam satu kenyataan tersebut.

Selain Dr Mahathir, lima MP yang menandatangani kenyataan itu ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh ( Sri Gading).

Serentak dengan pengumuman itu, mereka juga mengisytiharkan berpegang pada cadangan alternatif untuk mencalonkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri.

“Walaupun Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ia tidak melibatkan saya dan rakan-rakan dari Bersatu mahupun Warisan.

“Kami masih lagi berpegang kepada cadangan yang dibuat hasil dari perbincangan antara saya dengan pemimpin Warisan, Amanah dan DAP pada 25hb Jun, 2020.

”Saya dan rakan-rakan dari Bersatu (PPBM) telah bersetuju dan menyokong cadangan tersebut. Ini kerana mahu menyelesaikan kebuntuan memilih calon yang sesuai dan mampu mendapatkan sokongan untuk mendapatkan kembali mandat rakyat dari kerajaan sekarang.

”Mesyuarat 25 Jun 2020 itu telah meminta saya membuat pengumuman mengenai keputusan memilih Datuk Seri Shafie dan saya telah lakukan pada 27 Jun 2020,” ujar Dr Mahathir, dipetik dari kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat