Beku akaun: Daim, keluarga heret Anwar, Azam ke mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Daim Zainuddin dan keluarganya memfailkan permohonan kebenaran di Mahkamah Tinggi pada Khamis, bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung membekukan akaun bank mereka.

Mereka juga memohon perintah untuk membatalkan tindakan SPRM menyita harta alih yang dikenakan mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan terhadap akaun bank terbabit.

Selain bekas Menteri Kewangan itu, isterinya, Tun Dr Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, empat anak mereka dan 18 syarikat lain.

Bekas menteri kewangan itu dan 23 pemohon lain memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu.

Selain isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, pemohon lain ialah empat anaknya, dan 18 syarikat.

Sebanyak 18 syarikat tersebut ialah AAD Equity Sdn Bhd, Yayasan Haji Zainuddin, Ilham Baru Sdn Bhd, Anchor Point Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Adrihaniz Sdn Bhd, Syarikat Malur Sdn Bhd, Amiraz Sdn Bhd, Ridana Sdn Bhd, Daan Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd, Magical Zone Sdn Bhd, Permatang Maju (M) Sdn Bhd, Brainstorms Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Gajah3 Resource Centre Sdn Bhd, Ilham Tower Sdn Bhd, dan Selidik Jaya Sdn Bhd.

Selain Anwar dan SPRM, semakan kehakiman itu menamakan empat lagi responden, antaranya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan Kerajaan Persekutuan.

Menurut afidavit sokongan Na’imah, dia berkata mereka telah terjejas secara negatif dalam skala makro dan mikro disebabkan keputusan dan tindakan responden (termasuk keputusan untuk menyita dan membekukan akaun).

“Saya menyatakan bahawa segala keputusan-keputusan, tindakan-tindakan dan/atau kata-kata oleh Responden-Responden yang dinamakan dalam tindakan ini, merupakan satu perkara yang disengajakan untuk menyasarkan saya dan keluarga saya, dengan mengatakan bahawa Pemohon-Pemohon merupakan suatu keluarga yang korup di mana kami telah membuat kekayaan dengan cara yang salah di sisi undang-undang.

“Saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan saya sesungguhnya percaya dan menyatakan bahawa segala keputusan-keputusan, tindakan-tindakan dan/atau kata-kata oleh Responden Ke-4 adalah untuk tujuan kolateral politik (‘political collateral purposes’) semata-mata,” lapor Malaysiakini.

Dia menegaskan sehingga hari ini, mereka tidak didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dikaitkan dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) (Akta AMLACFT) (Perintah Membekukan Harta).

Daim dan pemohon lain memohon pelbagai relif, antaranya untuk mengisytiharkan bahawa pembekuan akaun mereka adalah tidak sah kerana melanggar hak perlembagaan mereka dan didorong oleh mala fide (niat jahat).

Mereka meminta perintah mandamus untuk membatalkan tindakan pembekuan akaun mereka, serta ganti rugi am.

Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu ditetapkan untuk dikemukakan di Mahkamah Tinggi esok.

Daim dan Na’imah kini menghadapi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat