MP Machang kemuka usul tergempar batalkan penjualan saham MAHB kepada syarikat pro-Zionis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengemukakan usul tergempar meminta kerajaan menarik semula keputusan penjualan 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada GIP milik BlackRock.

Tegas Ketua Armada Bersatu itu, Perikatan Nasional (PN) mengambil pendirian tegas untuk memastikan keputusan penjualan ini dibatalkan bukan sahaja atas kepentingan kedaulatan negara.

Tetapi juga katanya, sebagai mesej jelas pendirian majoriti rakyat Malaysia menolak tindakan tidak berperikemanusiaan Regim Zionis keatas rakyat Palestin.

“Awal hari ini, saya telah menghantar usul meminta untuk pihak kerajaan menarik semula keputusan penjualan sebahagian saham MAHB kepada GIP milik BlackRock dibawah Peraturan Mesyuarat 18(1) & 18(2) sebagai usul tergempar.

“Usul yang sama telah dihantar dibawah Peraturan Mesyuarat 27(1) & 27(3) pada awal Jun 2024 lalu sebagai usul persendirian yang dijadikan sebagai sebahagian daripada Aturan Urusan Mesyuarat (Ahli Bukan Kerajaan) bagi pertimbangan untuk dibahaskan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat