Biar Speaker putuskan usul Bersatu kosongkan 6 kerusi Parlimen – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyerahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk membuat keputusan berhubung usul dikemuka BERSATU yang meminta supaya pengosongan dibuat ke atas enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, soal kedudukan Ahli Parlimen Bersatu itu perlu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat.

“Soal enam kerusi Bersatu itu, perlu dirujuk kepada speaker Dewan Rakyat. Biar Speaker putuskan,” katanya ringkas ketika ditemui media selesai solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, lapor BH.

Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan antara lain menjelaskan seseorang Ahli Dewan hendaklah terhenti dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik saja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Bersatu semalam mengemukakan notis kepada Johari meminta supaya enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Anwar dikosongkan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Whip Bersatu yang juga Naib Presidennya, Datuk Dr Ronald Kiandee, selepas merujuk Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, di mana keahlian parti enam wakil rakyat BERSATU itu terhenti secara serta-merta.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar sebelum ini ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Dewan Rakyat akan bersidang selama 15 hari bermula Isnin ini hingga 18 Julai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat