Hishammuddin Tidak Dapat Menahan Kesedihan, Ajak Rakyat Malaysia Berdoa Untuk Palestin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien menyeru rakyat Malaysia agar berdoa untuk rakyat Palestin agar mereka terus kuat dan tabah susulan kekejaman dan sikap tidak perikemanusiaan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis pada bulan Ramadan.

Melalui perkongsian video di laman Facebooknya, Hisham tidak dapat menahan kesedihan  apabila tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi menceroboh dan menyerang umat Islam Palestin beribadah Masjid suci Al-Aqsa.

“Ada yang share video ni tadi. Tak sanggup nak tengok sampai habis,

“Katanya, ini situasi semasa tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi menceroboh Masjid suci #AlAqsa. Di kala sebahagian umat Islam tenang melalui hari-hari terakhir Ramadan, saudara mara kita di Palestin terpaksa hadapi ujian seberat ini,” jelas beliau.

Tegas Hisham, perbuatan zalim tentera Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa!

“Marilah kita di  Malaysia berdoa, semoga mereka terus kuat dan tabah.” serunya. -SuaraTV

Pautan:
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat