DAP ‘abang besar’ paksa PH ikut telunjuk, dedah Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kritikan Liew Chin Tong terhadap UMNO yang disifatkan sebagai ‘abang besar’ membuka tembelang DAP dalam Pakatan Harapan (PH).

Pendedahan itu dibongkar Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Saya berpandangan bahawa DAP perlu mencerminkan diri mereka. Pengalaman bersama mereka dalam mentadbir kerajaan PH selama 22 bulan lalu telah menampakkan belang sebenar DAP sendiri yang cuba menjadi dominan dalam masyarakat Cina di Malaysia.

“Bermula dari pemilihan kerusi pilihanraya yang bersifat mengikut kaum, DAP kuat menggasak kerajaan dan parti komponen lain untuk mengikut telunjuk mereka khususnya dalam hal ehwal masyarakat dan komuniti Cina.

“Ini terbukti antaranya dengan keputusan menyalurkan peruntukan dana khas kepada sebuah kolej persendirian ,terus daripada Kementerian Kewangan pada waktu itu dan tidak melalui Kementerian Pendidikan. DAP dengan cara ini cuba mengukuh cengkaman terhadap komuniti Cina.

Bahkan kata Zuraida yang juga bekas pimpinan tertinggi PKR, setiap percakapan dan perbuatan DAP dinisbahkan dan disandarkan kepada kaum Cina sedangkan mereka bukanlah satu- satunya pihak yang mewakili kaum tersebut.

“Maka, adakah DAP tidak bertindak sebagai ‘abang besar’ kepada komuniti Cina dalam negara ini? Tindakan dan kenyataan mereka jelas membuktikan bahawa mereka sememangnya mahu masyarakat Cina di Malaysia berada di bawah telunjuk DAP. Ini adalah perkara yang tidak sihat untuk Malaysia,” dedah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

Hal demikian Zuraida membidas supaya DAP perlu cermin diri sebelum melabel parti lawan.

Katanya, Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor, yang sebelum ini mengajar UMNO agar tidak menjadi “abang besar” dalam koalisi sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang.

Malah katanya, Ahli Dewan Negara itu turut berkata bahawa tiada parti yang wajar menjadi dominan dan politik Malaysia akan lebih stabil sekiranya semua parti “co-exist” sama ada dalam pembangkang atau kerajaan.

Zuraida menambah, Malaysia yang makmur adalah negara yang dikelola oleh pemimpin bersifat prihatin kepada seluruh warga tanpa batasan dan pengasingan kaum.

“Tiada lagi ‘abang besar’ yang berhak mendakwa mereka mutlak mewakili kaum tertentu.

“Wajah baru politik Malaysia wajar memperlihatkan keharmonian sebenar, bukan retorika didalam penulisan atau ucapan. Semua pemimpin adalah pemimpin untuk semua bangsa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat