KUALA LUMPUR – “USA dan UK takde UMNO mahupun BN. Jadi, tak perlulah pihak sebelah sana nak buat propaganda bahawa harga akan naik bawah UMNO dan BN,” bidas Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian, susulan semalam
Amerika Syarikat mengumumkan kadar inflasi negara itu naik ke 7.5% – kadar paling tinggi sejak 40 tahun lalu.

“Ini berikutan United Kingdom juga catat inflasi tertinggi sejak 30 tahun lalu.

“Kenapa inflasi dunia tiba-tiba naik bukan susah untuk faham.

“Lockdown yang dibuat seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021 telah halang pengeluaran bagi semua jenis komoditi.

“Akibatnya, stok bekalan dan stok turun,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, apabila aktiviti ekonomi dibuka semula dan pengguna berebut-rebut membeli semula maka permintaan naik mencanak.

Ujarny, permintaan yang naik mencanak pada ketika stok sudah kurang menyebabkan harga barang naik dan inflasi mencanak.

“Ini adalah dasar asas ekonomi.

“Sebab itu, saya nampak perkara ini sejak tahun lepas dan telah beberapa kali memberi amaran pada kerajaan bahawa inflasi akan menjadi masalah besar dan langkah-langkah serta dasar-dasar proaktif berlu dilaskanakan bagi meredakan tekanan dan menstabilkan harga bagi jangka masa pendek – terutamanya bagi inflasi makanan.

“Langkah-langkah ini juga tidak boleh “short-sighted” dan bukan langkah mudah seperti mengenakan harga kawalan sahaja tanpa menyelesaikan masalah asas sehingga menyebabkan bekalan terganggu dan berkurangan,” ujarnya.

Tambah Najib, walaupun kadar inflasi dan tekanan harga adalah masalah seluruh dunia, ini tidak bermakna kerajaan tidak boleh cari langkah kreatif bagi mengurangkan tekanan bagi ekonomi tempatan.

“Jadi, saya sekali lagi seru kerajaan untuk tarik balik kenaikan kadar elektrik bagi sektor bukan domestik sebanyak 15 peratusserta-merta dan hanya membenarkan kenaikan secara berperingkat dengan maksima 5 peratussetiap kali memandangkan harga bahan api dan kos penjanaan telah naik 47 peratus.

“Diskaun elektrik sebanyak 10 peratus yang tamat pada akhir bulan September sekarang diikuti dengan kenaikan sebanyak 15 peratus akibat penyelaran Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang bertukar dari rebat 2 sen/kWj ke surcaj 3.7 sen/kWj.

“Ini bermaksud kos elektrik bagi pengguna komersial telah naik hampir 28 peratus dalam tempoh 4 bulan sahaja dan ini sudah tentu akan memberi impak yang besar.

“Sebab sebarang kenaikkan bagi tariff bukan domestik iaitu komersial dan kilang akan menyebabkan kos operasi mereka meningkat dan akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya menyebabkan kenaikan harga semuq barang dan perkhidmatan,” katanya.

Najib berkata, bagi meredakan masalah kekurangan pendapatan dan tunggakan hutang akibat pandemik yang tiba-tiba ditimpa harga barang yang telah dan sedang naik, kerajaan perlu membenarkan pengeluaran KWSP sehingga RM5k atau RM10k sebaik sahaja dividen bagi tahun 2021 diumumkan dan dibayar.

“Kerajaan patut memberi keutamaan untuk selesaikan masalah kekurangan tenaga kerja bagi sektor-sektor pengeluar – terutamanya sektor pengeluaran makanan.

“Jika pengeluaran terganggu maka bekalan akan kurang dan harga akan naik.

“Sebagai sebuah negara pengeluar komoditi yang besar, Malaysia juga antara penerima manfaat atau durian runtuh susulan kenaikan harga komoditi seluruh dunia seperti minyak sawit dan gas asli.

“Namun durian runtuh ini perlu dikongsi dengan rakyat yang menerima kesan inflasi sebab bukan semua terlibat dalam sektor-sektor ini dan ada juga sektor-sektor berkait pelancongan dan servis yang masih terjejas akibat pandemik yang berterusan.

“Saya tengok hampir semua syarikat perladangan sedang mencatat rekod keuntungan tertinggi dalam sejarah ketika ini setelah harga sawit semakin menghampiri RM6,000 satu tan – iaitu 3 kali ganda berbanding harga tahun 2018-2019.

“Tetapi keuntungan mereka telah dihadkan oleh kekurangan pekerja dan mengakibatkan kekurangan pengeluaran sebanyak 3.4 juta tan minyak sawit yang bernilai RM20.4 bilion pada harga sawit RM6,000 satu tan.

“Jadi, kerajaan perlu galakkan syarikat-syarikat perladangan supaya jangan kedekut dan melaksanakan skim pekerjaan kontrak sementara selama 3 hingga 6 bulan dengan gaji/imbuhan sebanyak RM6,000 hingga RM8,000 bagi warga tempatan,” ulasnya.

Najib memberitahu, pada paras harga sawit yang tinggi ini dan pada keadaan syarikat perladangan masih mengalami kekurangan pekerja sehingga banyak buah tandan sawit terbazir sebab tidak dipetik, sebarang peningkatan pengeluaran masih akan menguntungkan mereka dan menguntungkan negara dari segi nilai eksport yang lebih tinggi.

“Ini bukan langkah populis yang dicadang saya seperti dituduh beberapa orang tetapi adalah langkah win-win bagi tempoh sementara.

“Disamping memberi peluang kepada syarikat perladangan untuk mengambil kesempatan meraihkan keuntungan tambahan pada harga yang sangat tinggi ini, ianya juga memberi peluang kepada warga Malaysia yang terjejas akibat lockdown separuh masak berbulan-bulan lamanya untuk bina semula simpanan mereka disamping menaikkan nilai eksport negara,” katanya.