SOP PKP Lebih Terperinci Akan Diumum Esok – Ismail Sabri

Hishammuddin kenang kepimpinan Onn Jaafar

KUALA LUMPUR- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengidolakan telasan kepimpinan datuknya, Datuk Onn Jaafar. Onn adalah Pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya...

Ordinan Darurat: Azalina tolak gesaan UMNO agar bersetuju sidang Parlimen diadakan segera

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menolak gesaan UMNO supaya Ahli Parlimen parti itu bersetuju agar persidangan Parlimen diadakan...

Ambil vitamin K secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan...

Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah. Punca utama perpisahan...

Datuk Awie dah timang anak keenam

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam. Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada...

KUALA LUMPUR – Susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diumumkan esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri menerusi kenyataan media perkembangan PKP dan PKP Pemulihan hari ini berkata, perkara tersebut bakal diumumkan dalam sidang media hariannya pada 5 petang esok.

“Pada masa sama, kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, serta Kementerian Kerja Raya juga, akan mengumumkan SOP yang berkaitan mengikut kementerian masing-masing,” katanya.

Sementara itu, tidak memakai pelitup muka menjadi kesalahan tertinggi ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) direkodkan semalam, dengan 173 individu ditahan atas kesalahan itu.

Beliau berkata secara keseluruhan, 572 individu ditahan semalam termasuk seorang direman dan daripada jumlah itu 157 atas kesalahan aktiviti pusat hiburan, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (115), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (115) dan lain-lain (12).

Ismail Sabri memaklumkan pihak berkuasa turut menahan 16 pendatang tanpa izin, serta merampas tiga kenderaan darat dalam Op Benteng semalam.

Sementara itu, sejak 24 Julai 2020 hingga semalam seramai 102,642 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa, dengan 8,375 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) beberapa kawasan iaitu, Madrasah Daril Naim, Padang Halban, Mukim Peringat, Kota Bharu di Kelantan dan Kampung Paginatan dan Kampung Maringkan, Ranau di Sabah pada hari ini, seperti yang dijadualkan.

Penamatan ini dibuat atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, bagi PKPD di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA), beserta kuarters kakitangan di Taiping, Perak ditamatkan pada 12 Jan seperti dijadualkan.

Bagaimanapun, ini tidak termasuk blok penempatan OKT di Pusat Transit Penerimaan (PTP), melibatkan Blok Gemilang, Blok Harapan, Blok Jaya dan Blok Abadi (PKRC), yang mana PKPD di blok-blok penempatan ini dilanjutkan sehingga 26 Jan. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Hishammuddin kenang kepimpinan Onn Jaafar

KUALA LUMPUR- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengidolakan telasan kepimpinan datuknya, Datuk Onn Jaafar. Onn adalah Pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya...

Ordinan Darurat: Azalina tolak gesaan UMNO agar bersetuju sidang Parlimen diadakan segera

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menolak gesaan UMNO supaya Ahli Parlimen parti itu bersetuju agar persidangan Parlimen diadakan...

“Terima Kasih UAE” Kata Hishammuddin

CYBERJAYA: Sumbangan bantuan kemanusiaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mangsa banjir di negeri Pahang mendapat penghargaan daripada Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin Tun...