Berang Tak Dapat Keluarkan Duit, Mesin ATM Pecah Ditumbuk

Ordinan Darurat: Azalina tolak gesaan UMNO agar bersetuju sidang Parlimen diadakan segera

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menolak gesaan UMNO supaya Ahli Parlimen parti itu bersetuju agar persidangan Parlimen diadakan...

Ambil vitamin K secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan...

Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah. Punca utama perpisahan...

Datuk Awie dah timang anak keenam

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam. Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada...

Burger King Malaysia Jalin Kerjasama Dengan PlayStation, Pelanggan Bakal Dapat PS5 Percuma?

Memiliki Playstation 5 (PS5) adalah impian bagi sebahagian rakyat Malaysia, dengan situasi pandemik dan arahan untuk kekal di rumah, sudah pasti masa yang terluang...

SIBU – Berang kerana tidak dapat mengeluarkan wang, seorang penganggur memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Jalan Salim di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.55 petang, lelaki berusia 35 tahun itu ke ATM berkenaan bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata tindakan lelaki itu dilihat pengawal keselamatan di pasar raya terbabit.

“Suspek bertindak agresif dengan menumbuk skrin mesin ATM sehingga rosak sebelum beredar keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengawal keselamatan terdengar bunyi kuat dan apabila memeriksa dia ternampak lelaki terbabit memecahkan mesin ATM sebelum menangkapnya.

Dengan bantuan seorang lagi rakannya, pengawal keselamatan terbabit dapat menahan suspek. Suspek kemudian diserahkan kepada anggota Balai Polis Lanang tiba di lokasi selepas menerima maklumat.

Stanley berkata, suspek dikatakan berang selepas kad bank yang digunakan untuk mengeluarkan wang ditelan mesin ATM itu walaupun mendakwa memasukkan nombor PIN yang betul.

“Suspek mahu mengeluarkan wang i-Sinar untuk membeli pakaian anaknya,” katanya sambil menambah semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Suspek ditahan reman mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. – BH

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Tujuh Lelaki Ditahan Halang Dan Maki Anggota Polis

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung...

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...