2,232 Kes Baru Covid-19, Empat Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,232 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan angka keseluruhan kes COVID-19 di negara ini kini sebanyak 138,224 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu tersebut, enam kes import dilaporkan menerima jangkitan daripada luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah sebanyak 28,554 kes,” katanya pada satu kenyataan media pada Isnin.

KKM turut melaporkan penambahan sebanyak empat kes kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 555 kes.

Berdasarkan kes kematian baharu, tiga kes melibatkan di Selangor manakala satu lagi kes adalah di Sabah.

Sementara itu, bagi penularan mengikut negeri, Selangor kekal negeri tertinggi pertambahan kes dengan sebanyak 557 kes diikuti Johor 396 kes dan Sabah sebanyak 374 kes.

Setakat ini, 187 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh meningkat kepada 1,006 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 109,115 kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat