Kami kahwin secara sah – Loca B

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Loca B mendedahkan isu keluarga menjadi punca dia dan suaminya, Tuju mengambil keputusan merahsiakan perkahwinan mereka.

Enggan berkongsi butiran, Loca sekadar mengesahkan mereka bernikah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Mac tahun lalu.

“Kami melangsungkan pernikahan ketika peringkat awal PKP dilaksanakan. Bagaimanapun, saya dan Tuju sepakat untuk tidak berkongsi perkara itu kepada umum.

“Semuanya kerana ada kaitan dengan masalah keluarga. Saya juga tidak akan memberikan ulasan lanjut mengenai perkara itu.

 

Loca dan Tuju bernikah pada peringkat awal PKP, Mac tahun lalu. Foto IG Loca B
Loca dan Tuju bernikah pada peringkat awal PKP, Mac tahun lalu. Foto IG Loca B

 

“Cukuplah saya beritahu kami berkahwin secara sah dan keluarga terdekat sahaja yang tahu,” katanya kepada BH Online.

Ini adalah perkahwinan kedua Loca atau nama sebenar, Hani Azali. Melalui perkahwinan lalu, Loca dikurniakan anak lelaki berusia lima tahun, Yusuf Alezander .

Bercerita mengenai pengalaman kembali bergelar ibu dengan kelahiran anak kedua, Loca mengaku situasi itu agak kekok pada mulanya.

“Banyak perkara saya kena belajar. Maklum sahajalah, sudah lima tahun tidak ada anak kecil.

“Tidak dinafikan kehidupan saya agak sibuk kerana perlu membahagikan tugas sebagai ibu dan kerja seni.

“Mujur Tuju boleh diharap dan banyak membantu saya. Dia suami yang baik,” katanya.

September lalu, Tuju yang juga anggota kumpulan kumpulan K-Clique, membuat kejutan apabila memuat naik perkongsian memaparkan foto bersama Loca.

Pada entri itu, tertera kapsyen ‘I Love You, Wife” (Saya sayang kamu, isteri). Foto berkenaan turut memperlihatkan ‘baby bump’ pada perut Loca.

Dua bulan kemudian, Tuju mengumumkan berita kelahiran anaknya yang diberi nama Bintang Aiko dalam sebuah program hiburan.

Dalam perkembangan lain, Loca bakal bersaing pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 mendendangkan lagu Gila yang dipersembahkan bersama Kaka dan Noki.

Loca ditemui BH Online pada majlis ramah mesra finalis AJL35 Sri Pentas 2, Shah Alam, baru-baru ini.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat