Revathy intai peluang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas lapan tahun mengendalikan program bahasa Tamil, pengacara dan pelakon, M Revathy menganggap sudah tiba masanya dia melebarkan sayap sebagai hos rancangan bahasa Melayu dan Inggeris.

Revathy, 33, yang mula menjadi hos sejak 2013, sudah lama menyimpan impian mengendalikan program menggunakan medium bahasa selain Tamil, sesuai dengan pengalaman diraih.

“Dalam tempoh lapan tahun, saya hanya mengendalikan program bahasa Tamil. Bukan saya tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris, cuma tiada peluang.

Lapan tahun menimba pengalaman mengendalikan program bahasa Tamil, Revathy sudah bersedia mengendalikan rancangan bahasa Melayu dan Inggeris. Foto Ihsan M Revathy
Lapan tahun menimba pengalaman mengendalikan program bahasa Tamil, Revathy sudah bersedia mengendalikan rancangan bahasa Melayu dan Inggeris. Foto Ihsan M Revathy

 

“Sekiranya ada tawaran, pasti saya tidak menolak. Ini bukan sahaja dapat mewarnai profil seni, malah memberi cabaran berbeza selepas lama menjadi pengacara program bahasa Tamil,” katanya yang mengendalikan program siaran langsung, Vizhuthugal dan 360 Degree.

Dalam kalangan penonton saluran Vaanavil dan Vinmeen terbitan Astro, Revathy adalah antara pengacara yang cukup popular.

Mengimbas perjalanan karier, anak kelahiran Klang, Selangor ini memberitahu, dia banyak menghadiri sesi uji bakat sebelum bertapak.

“Saya masih ingat, naik bas pergi ke Astro untuk menghadiri uji bakat. Saya bercita-cita menjadi hos sejak kecil lagi.

“Uji bakat yang dihadiri bukan berpandukan kepada sebuah program. Sebaliknya, secara am, iaitu mereka menguji kita untuk pelbagai program.

“Saya bersyukur dari usaha saya itu, saya dikenali sebagai salah seorang pengacara yang baik di saluran Tamil,” katanya.

Revathy yang juga graduan jurusan kewangan, Universiti Utara Malaysia (UUM), turut menceburi bidang lakonan.

“Saya pernah membintangi filem Vedigundu Passange pada 2018 dan drama televisyen (TV), Uravadum Nenjam pada 2015.

“Seronok diberi peluang berlakon. Saya harap diberi lebih banyak peluang untuk mengembangkan bakat saya dalam bidang lakonan,” katanya.

Selain menjadi hos, Revathy bekerja sepenuh masa sebagai pengurus pembangunan perniagaan di sebuah syarikat rakaman sejak tiga tahun lalu.

Revathy juga mengusahakan butik Vrayz Designs di Klang.

“Jadual harian saya padat dengan kerja. Secara rutin, pada sebelah pagi, saya bekerja di pejabat. Sebelah malam, saya mengendalikan program TV.

“Biarpun padat, saya seronok kerana melakukan kerja yang saya suka,” katanya yang menutup sementara butik disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat