UMNO Cuma Nak Jawatan, Tak Iklhas – Osman

Lelaki Maut Ketika Buat Aksi TikTok Di Landasan Kereta Api

ISLAMADAB: Seorang lelaki dilanggar kereta api ketika beliau merakamkan aksi berjalan di sepanjang trek untuk aplikasi TikTok, semalam. Menurut polis dan penyelamat, kemalangan itu berlaku...

Peningkatan Kes COVID-19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah kluster membabitkan tempat kerja mutakhir ini. Beliau berkata, sejak...

Protes Rusia: Polis Guna Kekerasan Lerai Demonstrasi

POLIS Rusia menahan lebih 2,500 penunjuk perasaan dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan demonstrasi di beberapa bandar di negara itu. Dianggarkan 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan...

Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam. Polis menerima...

COVID-19: Percaya Dengan Sirap Herba, Akhirnya Menteri Kesihatan Sri Lanka Disahkan Positif

MENTERI Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi disahkan positif COVID-19. Beliau sebelum ini dikritik kerana menyokong dan mengamalkan minum sirap herba yang dibuat oleh bomoh, kononnya...

KUALA LUMPUR – Kenyataan lantang beberapa pemimpin UMNO yang ingin memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 tidak mengejutkan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Osman Sapian.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Osman mendakwa, terdapat pemimpin UMNO yang tidak jujur ketika bersama Bersatu dalam kerajaan.

Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam itu juga mendakwa penyertaan UMNO ke dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ada sebilangan pemimpin parti tersebut yang mengharapkan kedudukan dan jawatan.

“Kita tidak terperanjat jika UMNO mahu berbuat demikian kerana perkara ini kita sudah nampak dari awal lagi apabila mereka bersama Bersatu hanya untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Apabila jadi kerajaan dan mempunyai kedudukan, mereka jadikan ia sebagai platform untuk perkukuh kedudukan dengan meletakkan individu di jawatan berkepentingan sama ada di peringkat akar umbi seperti ketua kampung, ahli majlis atau di peringkat lebih tinggi,” katanya lapor akhbar itu.

Osman yang juga Adun Kempas berkata antara individu pemimpin UMNO yang lantang bersuara ketika ini adalah mereka yang tewas dalam PRU lalu serta tidak mendapat kedudukan yang diinginkan.

Katanya, ini termasuklah mereka yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan sewaktu pentadbiran BN sebelum gabungan parti politik itu tumbang pada PRU14.

“UMNO ini pemimpin mereka ramai yang tidak jujur, bukan sahaja tidak jujur dengan Bersatu, tetapi juga dengan masyarakat.

“Jika hasratnya mahu membantu dan memberi manfaat kepada rakyat, mereka masih boleh berbuat demikian walaupun berada di luar kerajaan dan tidak memegang sebarang jawatan besar,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam. Polis menerima...

Tablet Sumbangan Ebit Lew ‘Talian Hayat’ Untuk Tiga Pelajar Autisme

KUALA LUMPUR: Rasa sedih seorang ibu tunggal apabila komputer terpakai yang dibelinya secara dalam talian tahun lepas untuk tiga anaknya yang menghidap autisme dan...

Empat Ditahan Disyaki Ugut Pekerja Syarikat Lunas Hutang Along 10 tahun Lepas

KUALA LUMPUR - Empat individu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Petaling Jaya semalam kerana disyaki mengugut seorang pekerja syarikat swasta yang mendapatkan...