Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Catat Penurunan

- Advertisement -

KUANTAN – Bilangan mangsa banjir di lapan daerah di Pahang mencatat penurunan mendadak sehingga pukul 6 petang semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehinngga kini terdapat 21,270 mangsa melibatkan 5,830 keluarga masih ditempatkan di 211 pusat pemindahan sementara (PPS).

Temerloh masih mencatat bilangan terbanyak iaitu 11,040 orang atau hampir 50 peratus daripada keseluruhan jumlah baki mangsa.

Daerah lain seperti Maran serta Pekan masing-masing mencatat sedikit penurunan kepada 2,738 dan 2,672 orang.

Sementara itu, Bera turut mencatat penurunan kecil kepada 1,589 mangsa, diikuti Lipis 1,149 mangsa.

Kuantan dan Raub pula merekodkan penurunan mendadak kepada 749 dan 677 mangsa, diikuti Jerantut (623 mangsa) dan Rompin (25 mangsa). – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat