Agong Berkenan Berangkat Ke Majlis Menghadap Perpisahan dan Serah Terima Tugas Juruiring

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Menghadap Perpisahan dan Serah Terima Tugas Juruiring Polis kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara hari ini.

Menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik di Facebook hari ini, pada majlis itu Deputi Komisioner Polis (DCP) Yahaya Othman telah menyerahkan tugas juruiring polis kepada Senior Asisten Komisioner (SAC) Azry Akmar Ayob.

“Pihak pengurusan Istana Negara, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada DCP Datuk Yahaya Othman atas khidmat bakti dan jasa selama bertugas di Istana Negara,” menurut kenyataan itu.

Yahaya telah bertugas sebagai Juruiring Polis sejak tahun 2019 dan akan memulakan tugas baharu sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Kumpur bermula esok.

Menerusi hantaran itu, pihak pengurusan Istana Negara juga mengucapkan selamat datang kepada Azry Akmar atas pelantikan beliau sebagai Juruiring Polis Istana Negara menggantikan Yahaya.

Azry Akmar sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pengarah Siasatan/MAPO/Antarabangsa Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat