28,800 penjawat awam tak lengkap vaksin akan diberi surat tunjuk sebab – Dr Abdul Latiff

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kira-kira 28,800 penjawat awam yang tidak lengkap vaksinasi COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mendedahkan angka itu dalam Dewan Rakyat pada Rabu susulan keluarnya pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam supaya pekerja kerajaan mendapatkan vaksin sebelum 1 November.

“Mereka yang masih enggan atau belum lagi divaksin adalah dalam lingkungan 1.8 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam.

“Ini hari 10 hari bulan, 10 hari selepas dikuatkuasakan, tindakan disiplin masih belum lagi diambil tindakan,” katanya dalam sesi soal jawab hari ini.

Katanya, penjawat awam terlibat perlu menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh 21 hari.

Mereka akan dirujuk kepada jawatankuasa siasatan dalaman dan jawatankuasa disiplin jika jawapan dberikan tidak memuaskan, kata Abdul Latiff kepada Chan Foong Hin (Harapan-Kota Kinabalu).

Abdul Latiff berkata, tindakan yang boleh diambil, antaranya memberikan amaran, tidak menaikkan pangkat dan menahan bayaran gaji.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat