Kelajuan Purata Jalur Lebar Mudah Alih Akan Dipertingkatkan kepada 35Mbps – Zahidi Zainul

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrustruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menggunakan pelbagai teknologi di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri KKMM, Dato Seri Zahidi Zainul Abidin berkata, menerusi pelan JENDELA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2020 lepas, penambahbaikan infrastruktur digital dilaksanakan secara berfasa akan memberikan kualiti pengalaman yang sama antara kawasan bandar dan luar bandar. Penambahbaikan ini selaras dengan perancangan Kementerian menjadikan perkhidmatan jalur lebar sebagai salah satu utiliti awam selepas air dan elektrtik.

“Sasaran fasa pertama telah bermula sehingga tahun 2022 dimana penambahbaikan daripada 4.95 juta premis kepada 7.50 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit,

“Perluasan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan yang berpenduduk,

“Mempertingkatkan kelajuan purata jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps,” jelas beliau ketika menjawab soalan di Parlimen.

Disamping itu kata beliau lagi, melalui projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (Sub Urban Broadband-SUBB) dan Jalur Lebar Bandar (Rural Broadband-RBB), sehingga bulan September 2020, sebanyak 654.812 sambungan telah tersedia di seluruh negara. Dimana kadar langganan jalur lebar talian melalui projek ini didapati telah meningkat sebanyak 9% iaitu 45% berbanding 36% pada September 2019.

Tambahnya lagi, SKMM sedang berusaha membangunkan perkhidmatan dan prasarana telekomunikasi negara dengan teknologi 4G yang dilihat sebagai teknologi yang mampu untuk dibangunkan dengan cepat dan kos yang berpatutan untuk menyediakan kesalinhubungan digital yang lebih berkualiti.

Sebelum itu, Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) bertanyakan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyatakan inisiatif sedia ada dan akan datang Kementerian bagi mengatasi masalah capaian internet dengan lebih luas, laju, murah dan berkesan serta berapa peratuskah tahap capaian internet di kawasan pinggir dan luar bandar susulan projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan projek Jalur Lebar Luar Bandar (RBB).

“Kerajaan mengakui bahawa penggunaan teknologi satelit melalui Very Small Aperture Terminal (VSAT) telahpun dilaksanakan dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih di kawasan-kawasan terpencil, di pedalaman Sabah, Sarawak dan di Semenanjung Malaysia,

“Ia bukanlah merupakan satu penyelesaian yang terbaik untuk jangka panjang dalam
menyediakan perkhidmatan jalur lebar kerana perkhidmatan jalur lebar yang disediakan melalui teknologi satelit mempunyai beberapa kelemahan termasuk kemampuan berdasarkan kepada kapasiti yang terhad,

“Kos operasi dan kos penyelenggaraan yang tinggi serta masalah kestabilan perkhidmatan sekiranya terdapat gangguan cuaca dan bekalan kuasa,” kata Zahidi lagi.

Dalam pada itu, Zahidi juga mejelaskan segala inisiatif pembangunan infrastruktur digital ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak, terutamanya di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mempermudahkan proses dan kelulusan bagi projek-projek yang  telah dirancang dan yang akan dilaksanakan.

“Bagi menjayakan inisiatif menerusi pelan JENDELA ini, KKMM berharap agar mendapat sokongan padu dan kerjasama Kerajaan Negeri, Kementerian dan agensi yang berkaitan agar rakyat dapat manfaatnya.” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat