ADUN DAP mohon maaf, engkar PKPB untuk sambut hari jadi

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman memohon maaf kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD).

Dia lebih mesra dengan panggilan Rara di laporkan menghadiri sambutan hari jadi di sebuah pantai berdekatan Avani Sepang Goldcoast Resort, baru-baru ini.

“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19.

“Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak dalam Selangor, negeri saya bermastautin.

“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Terima kasih,” katanya melalui satu ciapan di Twitter.

Dia yang sepatutnya berada di Ketari, Bentong telah merentas negeri masuk ke Selangor.

Terdahulu Rara memuat naik gambar di laman Instagram bersama empat kawan sedang menyambut sambutan hari jadi tanpa memakai pelitup muka di tempat terbuka dan penjarakan sosial.

Disebabkan itu di dikecam hebat kerana melanggar SOP dan gagal menunjukan contoh yang baik sebagai wakil rakyat.

Untuk rekod pada 30 Julai lalu, Rara pernah memberi nasihat dan peringatan kepada orang ramai agar mematuhi SOP dan tidak sia-siakan pengorbanan barisan hadapan membendung penularan Covid-19.

“Jangan kita sia-siakan pengorbanan mereka (barisan hadapan) dengan (kita) terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri,” kata Rara dalam hantaran tersebut.

Sebelum itu, pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang antara yang kuat mengkritik tindakan pelanggaran SOP pemimpin Pas, Datuk Mohd Khairuddin Aman yang tidak kuarantin selepas pulang dari luar negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat