PM umum kenaikan elaun sara hidup pelajar tajaan MARA

- Advertisement -

BANGI- Prihatin dengan peningkatan kos sara hidup, Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar dalam dan luar negara tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan elaun itu berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata, kenaikan kadar baru ESH bagi pelajar dalam negara dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan bagi bidang pengajian bermula peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah dan profesional.

Bagi pelajar luar negara pula, ESH dinaikkan dengan kadar minimum RM1,380 sebulan hingga maksimum RM7,600 sebulan bermula daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda hingga Doktor Falsafah dan peringkat profesional.

“Kadar elaun sedia ada telah diguna pakai sejak 13 tahun dan terdapat keperluan untuk disemak semula berikutan peningkatan kos sara hidup dalam negara sejak 10 tahun lalu, yang diburuk lagi oleh pandemik dan isu-isu lain yang melanda dunia.

“Ini memberi kesan kepada kos sara hidup pelajar di dalam dan luar negara sehingga mereka terpaksa merancang perbelanjaan dengan baik bagi memastikan pembelajaran serta tugasan akademik tidak terjejas.

“Kenaikan ESH kepada pelajar tajaan MARA ini bakal melibatkan seramai 62,998 orang berkuat kuasa September 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia bertempat di German Malaysia Institute (GMI), Bangi.

Selain itu, Ismail berkata, ketika ini terdapat seramai 4,149 pelajar tajaan MARA yang sedang mengikuti pengajian di luar negara.

Daripada jumlah itu, seramai 1,049 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di 24 universiti yang tersenarai dalam 50 universiti terbaik dunia, ujarnya.

Katanya lagi, seramai 58,849 pelajar tajaan MARA pula sedang mengikuti pengajian dalam negara di universiti awam atau institusi pendidikan swasta terpilih daripada kedudukan ranking antara 4 hingga 6 Star SETARA iaitu Sistem Penarafan Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Kerajaan tidak akan biarkan rakyat khususnya pelajar mengikat perut sewaktu belajar,” kata Ismail dan beliau menjelaskan, kenaikan ESH adalah wajar dan bertepatan bagi membantu meringankan beban pelajar Keluarga Malaysia.

Foto – FB GMI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat