Mesyuarat persiapan banjir Isnin ini- PM

- Advertisement -

BANGI- Mesyuarat bersama semua agensi serta pihak terlibat bagi persediaan menghadapi bencana banjir akan diadakan pada Isnin depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat berkenaan susulan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri Semenanjung pada November ini.

Semua agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta wakil kerajaan negeri akan dipanggil menghadiri mesyuarat itu bagi memastikan persediaan awal dapat dilakukan, katanya.

Selain itu, Ismail berkata ia juga bertujuan bagi memastikan pusat-pusat pemindahan banjir, stok makanan serta peralatan untuk mengangkut dan pusat perpindahan telah bersedia.

“Saya tak nak jadi seperti dulu, setengah negeri bersedia, setengah negeri tak biasa hadapi banjir tak bersedia dan akhirnya berlaku seperti di Selangor (2021) dan sebagainya.

“Saya nak kali ini semua bersedia bukan setakat di peringkat Persekutuan, banjir ini sampai ke peringkat daerah pun mesti bersedia sejak awal lagi sebelum berlaku apa-apa… yang penting persediaan dibuat awal,” katanya menurut laporan Bernama.

Selain itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera memberitahu, persediaan yang dibuat juga perlu menjangkakan sesuatu bencana akan berlaku dalam skala besar agar semua pihak termasuk pasukan keselamatan sentiasa berada dalam keaadan siap siaga.

Sebelum ini, media melaporkan, MetMalaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengah November ini yang akan membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu berisiko menyebabkan hujan lebat berterusan sehingga berlakunya banjir berskala besar.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan Bajet 2023 pada Oktober depan, Ismail berkata Kementerian Kewangan masih dalam proses mengadakan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh termasuk dari kerajaan negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat