KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.
“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.
“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah,” ujar Tunku Nashrul dalam kenyataan pada Isnin.



