Apa muslihat Menteri Luar China mahu jumpa Anwar?

- Advertisement -

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan Menteri Luar China, Wang Yi, memohon satu pertemuan segera antara mereka berdua.

Ketergesaan tersebut dibayangi sendiri oleh Perdana Menteri yang memaklumkan bahawa Wang Yi sanggup pergi ke Pulau Pinang, Jumaat ini bagi menjayakan pertemuan tersebut.

“Hari Jumaat ini, Menteri Luar China kata hendak jumpa saya di Putrajaya, saya kata saya sibuk, dia kata tak apa, nak jumpa (juga).

“Maka, saya kata, datanglah ke Pulau Pinang Jumaat ini. Itu Menteri Luar China, antara negara terkuat di dunia, dia sanggup datang. Saya kata minta maaf saya sibuk,” kata Perdana Menteri.

Walaupun Anwar membayangkan kemungkinan pertemuan itu akan menjurus kepada perbincangan lanjut mengenai pelaburan di negara ini, namun para pemerhati keselamatan Laut China Selatan merasa bimbang ia lebih dari pada itu.

Pertikaian wilayah antara China dan Filipina yang bersekutu dengan AS semakin berisiko meningkat menjadi konflik membabitkan dua kuasa besar itu, kata penganalisis, selepas pengawal pantai China menggunakan meriam air di atas bot Filipina.

China sekarang cuba mencari sekutu dalam usaha meluaskan kuasa mereka di Laut China Selatan setelah berhadapan konflik dengan Filipina dan Indonesia.

Akhbar The Guardian UK target melaporkan  kebimbangan global mengenai peningkatan aktiviti tentera laut China meluaskan pencerobohan dalam tuntutannya ke atas Laut China Selatan dan Taiwan.

Minggu ini China mengadakan latihan bersama dengan Rusia d Alaska meningkatkan kebimbangan terhadap penyelarasan ketenteraan antara Beijing dan Moscow.

Pada Sabtu lalu, pengawal pantai China mengarahkan meriam air ke arah kapal pembekal semula pengawal pantai Filipina yang dalam perjalanan ke Thomas Shoal Kedua di Kepulauan Spratly, yang turut dituntut oleh Beijing.

Konflik China-Filipina di Laut China Selatan telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Selain mendapat sokongan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Australia, terbaharu, Filipina turt mendapat sokongan India yang melahirkan kebimbangan terhadap sikap agresif China.

Sikap pembuli China

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Laut China Selatan telah menjadi pentas bagi China, tingkah laku kuasa besar baharu Asia yang semakin agresif, mencerminkan corak buli yang menyedihkan terhadap negara jiran di rantau Asia Tenggara.

Laut China Selatan yang merupakan wilayah strategik yang mempunyai kepentingan ekonomi dan geopolitik yang besar, telah bertukar menjadi ‘medan gertakan’ untuk cita-cita perluasan China, mencabar kestabilan dan keselamatan Asia Tenggara.

Usaha berterusan China melaksanakan peta Nine Dash Line yang ditolak oleh tribunal antarabangsa menimbulkan ketegangan di sekitar kepulauan Spratly. Tuntutan  ini menjejaskan kepentingan Malaysia, Vietnam, Filipina dan Indonesia.

China tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa dan hak negara penuntut lain. Mereka melakukan pembinaan pulau buatan dan kehadiran angkatan tenteranya secara tetap merupakan sebahagian strategi memberi amaran kepada negara-negera kecil lain agar tunduk kepada polisi negara besar itu.

Kapal-kapal China kerap kali menguji kawalan sempadan negara lain di Laut China Selatan kerana menyedari negara-negara Asia Tenggara terlalu kecil untuk menentangnya.

Laporan media menunjukkan bahawa kapal nelayan China, kapal pengawal pantai, dan rondaan tentera laut telah berulang kali melanggar zon ekonomi eksklusif (EEZ) negara jiran.

Vietnam, sebuah negara yang mempunyai sejarah panjang pertikaian wilayah dengan China, telah menjadi sasaran utama. Pencerobohan China telah mengganggu aktiviti penerokaan minyak dan gas Vietnam yang sah, melanggar kedaulatannya dan mencetuskan ketegangan di rantau itu.

Sejak dua bulan lalu pemerhati keselamatan serantau mendedahkan tabiat kapal China mencerobohi Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia. Malangnya pihak berkuasa Malaysia seolah-olah mengecilkan tindakan-tindakan tersebut sehingga tidak menjadi pengetahuan umum.

Kebimbangan

Justeru tidak hairanlah pendedahan Perdana Menteri mengenai pertemuan beliau dengan Menteri Luar China yang diatur secara tergesa-gesa ketika Pilihan Raya Negeri 2023  dianggap oleh sebahagian pemerhati sebagai ada agenda udang di sebalik batu dari negara China.

Kerajaan diharap tidak mengulangi kontroversi isu persetujuan sempadan batas laut (ambalat) dengan Indonesia yang menimbulkan kecurigaan umum sehingga sekarang.

Perdana Menteri harus berhati-hati menangani muslihat China agar tidak ada persetujuan yang merugikan negara dalam membabitkan isu kepulauan Spratly dan Laut China Selatan.-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat