Empat Kapal China Ceroboh ZEE Malaysia, masuk bulan kedua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8 hari ini dilaporkan menceroboh perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di luar pantai Sarawak yang sudah memasuki bulan kedua bermula 21 Jun.

Ketika menceroboh perairan ZEE Malaysia, kapal penyelidik China itu “dikawal” oleh tiga buah kapal militia maritim negara itu iaitu
Yue Zhan Yu 08046, Yue Zhan Yu 08048 dan Yue Mao Gang Yu 92777.

“Malah dilaporkan hampir semua kapal militia dikenal pasti sebagai kapal nelayan, namun mereka jelas tidak melakukan aktiviti menangkap ikan,” kata Raymond Powell menerusi ciapannya di @GordionKnotRay.

Raymond ialah bekas kolonel Tentera Udara Amerika Syarikat adalah ketua Projek Myoushu di Gordian Knot Center for National Security Innovation, Universiti Stanford.

Kata beliau lagi, ketika ini kapal bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu kapal auxiliary miliknya, KA Bunga Mas 5 seberat 9,000 tan untuk membayangi (shadow) dan memantau aktiviti kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8 yang menceroboh.

“KA Bunga Mas 5 menjalankan pemantauan secara berterusan, manakala kapal peronda KD Keris (RMN 111) sekali sekala mendaftar masuk dan kini berada di lokasi kejadian.

“Kapal China Coast Guard kedua, CCG 5402, meronda kawasan itu ke SE”, kata penyelidik antarabangsa itu lagi.

Menurut Raymond, tindakan China ini jelas tidak dibenarkan kerana tuntutan nine-dash line China termasuk Luconia Shoals (Beting Patinggi Ali) walaupun ia terletak betul dalam ZEE Malaysia.

“Untuk meminta kebenaran ia akan bercanggah dengan tuntutan China.

“Setakat ini Kerajaan Malaysia belum lagi memberi maklum balas berkenaan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Kapten Muhammad Haziq Hafizan dalam ciapan di Twitternya hari ini berkata, Beting Patinggi Ali terletak di dalam ZEE Malaysia dan ia dimiliki oleh Malaysia tetapi terdapat sebuah negara yang terletak beribu-ribu kilometer jauhnya cuba menuntutnya 24/7.

“Kita sepatutnya mempunyai pangkalan luar pesisir di sana seperti di Pulau Layang-Layang.

“Untuk mengekalkan hak Malaysia di Beting Patinggi Ali dan untuk melindunginya daripada mana-mana Penceroboh, Malaysia perlu membina pangkalan luar pesisir seperti yang telah dilakukan di ZEE Malaysia di perairan Sabah.

“Pangkalan luar pesisir di Beting Patinggi Ali perlu mempunyai landasan kapal terbang dan pelabuhan untuk kapal TLDM berlabuh,” cadangnya.

Januari lalu, Kementerian Pertahanan (Mindef) menegaskan pihaknya mempunyai aset yang mencukupi untuk memantau kawasan pertikaian, sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) di Perairan Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu dibuat bagi memantau kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan milik Malaysia yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

“Saya tidak guna perkataan ceroboh lagi. Sebab ini adalah kawasan sama-sama claim (tuntut) jadi tidak mengapa begitu,” kata Mohamad.

Pun begitu, Kapten Muhammad Haziq berpendapat terdapat keutamaan untuk membinanya, China menceroboh ke dalam ZEE kita.

“Sepatutnya lebih daripada justifikasi untuk membangunkan pangkalan luar pesisir di sana,” syor beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat