China kaki buli Laut China Selatan

- Advertisement -

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Laut China Selatan telah menjadi pentas bagi China, tingkah laku kuasa besar baharu Asia yang semakin agresif, mencerminkan corak buli yang menyedihkan terhadap negara jiran di rantau Asia Tenggara.

Laut China Selatan yang merupakan wilayah strategik yang mempunyai kepentingan ekonomi dan geopolitik yang besar, telah bertukar menjadi ‘medan gertakan’ untuk cita-cita perluasan China, mencabar kestabilan dan keselamatan Asia Tenggara.

Semua ini berpuncara dari sikap negara China menerusi Nine Dash Line yang mahu menguasai sebahagian besar Laut China Selatan tanpa menghormati negara-negara lain.  Tuntutan menimbulkan ketidaksenangan  Vietnam, Filipina, Indonesia dan  juga  Malaysia.

China tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa dan hak negara penuntut lain. Mereka melakukan pembinaan pulau buatan dan kehadiran angkatan tenteranya secara tetap merupakan sebahagian strategi memberi amaran kepada negara-negera kecil lain agar tunduk kepada polisi negara besar itu.

Kapal-kapal China kerap kali menguji kawalan sempadan negara lain di Laut China Selatan kerana menyedari negara-negara Asia Tenggara terlalu kecil untuk menentangnya.

Pencerobohannya yang tidak henti-henti ke dalam perairan yang dipertikaikan tanpa persetujuan, walaupun selepas pelbagai amaran dan penyeliaan, memberi gambaran yang merisaukan bahawa China mungkin bertindak lebih kasar pada masa hadapan.

Insiden baru-baru ini telah menunjukkan sikap pembuli China yang membimbangkan. Laporan media menunjukkan bahawa kapal nelayan China, kapal pengawal pantai, dan rondaan tentera laut telah berulang kali melanggar zon ekonomi eksklusif (EEZ) negara jiran.

Vietnam, sebuah negara yang mempunyai sejarah panjang pertikaian wilayah dengan China, telah menjadi sasaran utama. Pencerobohan China telah mengganggu aktiviti penerokaan minyak dan gas Vietnam yang sah, melanggar kedaulatannya dan mencetuskan ketegangan di rantau itu.

Filipina juga telah menjadi mangsa taktik buli China. Kapal China telah dikesan berhampiran kawasan yang diduduki Filipina di Laut China Selatan, menjejaskan integriti wilayah negara itu dan menimbulkan kebimbangan mengenai potensi pencerobohan.

Tindakan ini bukan sahaja melanggar norma antarabangsa tetapi juga mengancam kehidupan nelayan Filipina dan komuniti pantai yang bergantung kepada sumber perairan yang dipertikaikan ini.

Bagi Malaysia, penampakan dan pencerobohan kapal Pengawal Pantai China di Kasawari Oil Field dan Beting Patinggi Ali jelas menunjukkan bahawa pembuli ini tidak takut dengan mana-mana undang-undang maritim dan tidak bersedia untuk kembali ke landasan yang dirancang.

Terbaharu, sebuah bot  China dilihat berlegar di perairan Laut China Selatan atas alasan untuk mencari bangkai kapal yang karam, sejak tahun 1900-an. Kita pasti tertanya-tanya  – apa yang mereka cari di perairan? Atau lebih dahsyar lagi, apakah yang mereka sembunyikan di dalam air?

Tingkah laku agresif China tidak terhad kepada sikap tentera; ia juga mempunyai akibat ekonomi yang teruk.

Laut China Selatan berfungsi sebagai laluan perdagangan maritim yang penting, memudahkan pergerakan barangan bernilai trilion dolar setiap tahun. Lebih daripada 60% daripada perdagangan global mengalir melalui perairan ini, dengan nilai melebihi USD5.3 trilion setiap tahun.

Dengan mengganggu aliran bebas perdagangan dan menakut-nakutkan negara jiran, tindakan China boleh menjejaskan kestabilan ekonomi serantau dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakan perdagangan antarabangsa.

Amerika Syarikat menyedari bahaya yang ditimbulkan oleh agenda perluasan China, telah menjalankan operasi kebebasan navigasi (FONOP) untuk mencabar tuntutan maritim Beijing yang berlebihan.

Kuasa serantau lain juga telah menyatakan kebimbangan dan menggesa resolusi aman. Walau bagaimanapun, penguasaan dan pengaruh ekonomi China di rantau ini telah membantutkan tindak balas yang bersatu, menyebabkan negara yang lebih kecil terdedah kepada taktik bulinya.

Pencerobohan Laut China Selatan adalah contoh jelas percubaan China untuk mewujudkan hegemoni dan membentuk semula sempadan serantau untuk kelebihannya. Melalui intimidasi dan paksaan, ia berusaha untuk menegaskan kawalan ke atas lorong laut yang penting, kawasan penangkapan ikan yang kaya, dan sumber minyak dan gas yang banyak. Corak buli ini menjejaskan prinsip undang-undang antarabangsa dan melanggar kedaulatan negara jiran, mengancam kestabilan dan keselamatan Asia Tenggara.

Taktik buli China di Laut China Selatan tidak boleh diabaikan atau dibiarkan. Masyarakat antarabangsa mesti terus mengutuk dan menentang tindakan agresif China, menekankan kepentingan perintah berasaskan peraturan dan penyelesaian pertikaian secara aman.

Kegagalan menangani isu ini boleh membawa kepada ketidakstabilan, bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di seluruh dunia, kerana cita-cita kuasa yang semakin meningkat mengancam kedaulatan dan keselamatan jirannya.

Dalam usahanya untuk berkembang dan membangun, negara-negara Asia Tenggara tidak seharusnya memberi laluan kepada sebarang bentuk buli, termasuk pembuli Cina ini – dan semua mesti memainkan peranannya dalam mencegah sebarang jenis pencerobohan dengan diplomasi dan kebijaksanaan.

Namun Malaysia sendiri sekiranya tidak berhati-hati terpaksa tunduk kepada permintaan China. Sejak sepuluh tahun lalu kita terlalu bergantung kepada pelaburan infrastruktur dari China seperti Lebuh Raya Pantai Timur (ECRL), Forest City, Malacca Gateway dan banyak lagi.

Lebih membimbangkan, Kerajaan kini dalam proses membenarkan syarikat peralatan internet mudah alih 5G, Huawei, untuk menguasai perkhidmatan 5G negara di bawah entiti kedua pada tahun hadapan.

Peralatan 5G Huawei telah diharamkan di beberapa buah negara Eropah dan Amerika Syarikat dan Australia atas alasan ia berupaya melakukan pengintipan ke atas keselamatan negara. Huawei merupakan syarikat berkaitan (linked company) dengan Angkatan Tentera China.

Reference

  1. How Much Trade Transits the South China Sea? | ChinaPower Project (csis.org)
  2. Chinese jet came within 10 feet of U.S. military aircraft, U.S. says | Reuters
  3. Which are the key countries in the South China Sea dispute? | South China Morning Post (scmp.com)
  4. 61 Peratus Aset-Aset TLDM Usang. Dimana Silap Kita? – Defence Security Asia
  5. MINDEF Lakukan 281 Perolehan Bernilai RM8 Bilion Tahun Ini – Tok Mat – Defence Security Asia
  6. BERNAMA – Anwar umum peruntukan RM1 bilion untuk naik taraf prasarana sempadan Sarawak, Sabah
  7. Audit: 89 kali kapal China ceroboh perairan Malaysia (malaysiakini.com)
  8. Kapal China di EEZ Malaysia, hampiri kapal kontrak Petronas di Sabah (malaysiakini.com)
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat