Peranan Kementerian Kewangan telah berubah di bawah Anwar – Rafizi Ramli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan reformasi kewangan negara apabila melepaskan kuasa Perbelanjaan Pembangunan kepada Kementerian Ekonomi.

Jelas Rafizi tidak timbul sebarang masalah sekiranya Anwar menjawat jawatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana beliau telah mengasingkan kuasa Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan.

“Saya rasa saudara Syahir dan kebanyakan di sebelah sana (pembangkang) sebenarnya tidak faham aturan kementerian-kementerian.

“Belanjawan kita dan perbelanjaan negara ada dua bahagian satu ialah perbelanjaan mengurus, satu lagi ialah perbelanjaan pembangunan

“Belanja mengurus ini ialah belanja-belanja yang bayar gaji, bayar hutang dan sebagainya yang tidak sangat sebenarnya melibatkan perbelanjaan-perbelanjaan besar yang itu di bawah Kementerian Kewangan.

“Manakala belanja pembangunan yang melibatkan contohnya projek bina jalan, buat bangunan dan sebagainya belanja pembangunan itu sekarang ini di bawah Kementerian Ekonomi, di bawah saya,” jelas Rafizi dalam Debat Model Baharu Ekonomi bersama Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman malam tadi.

Justeru tegas Timbalan Presiden PKR itu tidak timbul soal seorang Perdana Menteri kawal dua-dua.

“Sebelum ini keadaan itu berbeza kerana perbelanjaan pembangunan itu berada di bawah Perdana Menteri.

“Jadi bila Perdana Menteri dialah juga mengawal belanja pembangunan, dia juga mengawal belanja mengurus itu yang jadi masalah.

“Jadi sebab itu sekarang ini saudara Anwar Ibrahim sebenarnya dari segi kuasa berbelanja itu lebih rendah daripada saya saudara Syahir,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Rafizi malah mengingatkan bahawa pengasingan kuasa belanja itu pernah dimaklumkan di Dewan Rakyat sebelum ini.

“Kalaulah saudara tumpukan perhatian kepada perbahasan di Parlimen, saudara tak timbulkan perkara-perkara remeh macam itu.

“Kerana tidak pernah ada Perdana Menteri yang melepaskan kuasa belanja pembangunan, hanya Anwar Ibrahim seorang sekarang dia lepaskan kepada saya,” tegas beliau.

Rafizi menjawab soalan itu apabila Syahir mengatakan di Bachok imam dan bendahari masjid tidak boleh orang yang sama dan mengungkit hantaran Facebook Rafizi sebelum ini yang berkali-kali menyatakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak boleh orang yang sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat