Ranhill Terima Lanjutan 4 Tahun Sehingga 2048 Bagi Loji PV Di Batang Padang, Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Ranhill Utilities Berhad menerusi anak syarikatnya, Ranhill Solar I Sdn Bhd (RSI) menerima lanjutan 4 tahun lagi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) daripada Suruhanjaya Tenaga untuk Loji Solar Fotovoltaik Berskala Besar 50MWac di bawah LSS4@MEnTARI di Batang Padang, Perak.

Dalam maklumannya di Bursa Malaysia, Ranhill memaklumkan bahawa terma yang disemak untuk PPA akan mengawal kewajipan RSI dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menjual dan membeli tenaga yang dijana oleh Fasiliti kepada TNB untuk tempoh 25 tahun dari tarikh operasi komersial.

Menurut Ranhill, dengan tempoh berkuat kuasa baharu diumumkan, kemudahan tersebut akan dikendalikan dan diselenggara sehingga 2048.

“Tempoh berkuat kuasa baharu PPA akan ditetapkan di bawah Perjanjian Tambahan PPA yang akan ditandatangani antara RSI dan TNB,” kata Ranhill.

Pemeteraian Perjanjian Tambahan PPA dijangka tidak memberi sebarang kesan material ke atas pendapatan dan aset bersih Kumpulan Ranhill bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Suruhanjaya Tenaga di dalam suratnya bertarikh 8 Ogos 2022 memaklumkan RSI tentang perkara berikut:

i. Pelanjutan FCD dari 30 Jun 2022 kepada 30 September 2022;
ii. Lanjutan SCOD daripada tarikh sebenar SCOD kepada 31 Disember 2023;
iii. Lanjutan tempoh berkuat kuasa PPA dengan lanjutan 4 tahun dengan tempoh keseluruhan 25 tahun; dan
iv. Perjanjian dan waranti berkaitan akan dilanjutkan dan diselaraskan dengan tempoh PPA berkuat kuasa terkini selama 25 tahun.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menurunkan tanda tangan pada panel solar semasa melakukan gimik pelancaran majlis pecah tanah Projek Berskala Besar 50MWac Ranhill Solar 1 di Ladang Bikam, Bidor dekat Tapah pada 4 Disember 2021.

Walau bagaimanapun, Perjanjian Tambahan PPA dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan daripada Kumpulan Ranhill.

Tiada Pengarah, Pemegang Saham Utama Syarikat dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung dan/atau tidak langsung, dalam PPA, kata Ranhill. – DagangNews.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat