Harga Runcit RON97 Turun 10 Sen, RON95 dan Diesel Kekal

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada RM4.40 seliter berbanding RM4.50 seliter bermula esok sehingga 17 Ogos ini.

Manakala harga runcit bagi petrol RON95 dan minyak diesel subsidi kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan MOF itu lagi, harga runcit mingguan semua produk petroleum itu ditetapkan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

MOF menjelaskan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat