MINDEF Sokong Penuh Pengumuman PM Berhubung Isu LCS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan barisan kepimpinan Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan tiada sebarang perkara yang hendak disembunyikan dalam krisis perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Sebaliknya, Hishammuddin dan MINDEF hanya mahukan krisis ini dapat diselesaikan dan diteruskan demi kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan demi wang awam yang dibelanjakan serta kepentingan negara.

Hishammuddin dalam kenyataan pada Rabu menyatakan, MINDEF mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu perolehan LCS hari ini yang dikeluarkan selepas mesyuarat Kabinet.

“Saya dan MINDEF akan lakukan apa sahaja bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan serta memberikan kerjasama penuh kepada semua badan berkuasa yang melakukan siasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) serta Audit Forensik.

“Saya dan barisan kepimpinan di MINDEF tiada sebarang perkara yang hendak disembunyikan sebaliknya hanya mahukan perkara ini dapat diselesaikan dan diteruskan demi kepentingan TLDM, demi wang awam yang dibelanjakan serta kepentingan negara,” tegas Hishammuddin dalam kenyataan pada Rabu.

Bukan cuma itu, kata beliau lagi, MINDEF juga memberi jaminan bahawa keputusan Kabinet ini tidak akan mengganggu tiga perkara yang telah beliau tegaskan beberapa kali sebelum ini.

“Pertama, TLDM memerlukan LCS dan sebab itu ia mesti diteruskan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada April 2022.

“Kedua, pihak yang salah tetap salah dan mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

“Ketiga, dalam tempoh 6 bulan ini, MINDEF juga sedang giat melakukan kerja-kerja rundingan dengan pihak OEM, vendor dan perbankan sebagai pelan mobilisasi bagi memastikan LCS dapat disiapkan,” kata Ahli Parlimen Sembrong itu.

Justeru tegas beliau, penting untuk semua pemegang taruh kekal fokus terhadap usaha meneruskan projek LCS, demi memastikan TLDM dapat memiliki LCS yang sangat mereka perlukan dengan secepat mungkin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat