GIP beroperasi berasingan daripada BlackRock beritahu MoF

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Global Infrastructure Partners (GIP) akan beroperasi secara berasingan daripada BlackRock selepas syarikat itu diambil alih kelak.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), pengurusan GIP juga akan mengekalkan kawalan penuh dan tanggungjawab terhadap hala tuju strategiknya serta syarikat yang dilabur.

“Ini bermakna GIP akan terus beroperasi secara berasingan daripada BlackRock.

“Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) bersama GIP juga akan memiliki pegangan minoriti 30 peratus dalam MAHB.

“Segala keputusan penting berkenaan MAHB hanya akan dilaksanakan berdasarkan persetujuan bersama ahli-ahli konsortium,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di sesawang Parlimen.

MoF menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang mahu penjelasan mengenai status penjualan saham MAHB kepada konsortium yang turut membabitkan syarikat berkaitan Israel, Blackrock.

MoF turut menegaskan transaksi bagi pengambilalihan MAHB tidak membabitkan BlackRock sama sekali.

Tawaran pengambilalihan MAHB adalah urusan transaksi komersial dengan perbincangan dijalankan pihak wakil konsortium tidak membabitkan BlackRock.

Daripada segi pelaburan, Anwar berkata, MAHB hanya membelanjakan RM1.4 bilion dalam tempoh lima tahun lalu berbanding RM6.6 bilion oleh Thailand dan RM12 bilion bagi Indonesia.

Atas dasar itu, katanya konsortium terbabit yang diterajui Khazanah dan KWSP akan memiliki majoriti 70 peratus pegangan bersama dalam MAHB.

Jelasnya, tawaran bagi mengambil alih dan menswastakan MAHB memudahkan pembaharuan dilaksanakan dengan kadar yang segera.

Beliau berkata, baki 30 peratus pegangan di bawah konsortium terbabit akan dimiliki ADIA dan GIP berperanan melalui pengalaman dan kepakaran teknikal dalam pengendalian operasi lapangan terbang antarabangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat