Generasi muda Melaka akan dibantu usahakan tanah terbiar demi keterjaminan makanan – Adly

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka tekad akan mengupayakan tanah terbiar di negeri itu demi keterjaminan makanan sekali gus memenuhi keperluan penduduk serta masa depan negeri.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, sekiranya PH diberi peluang sekali lagi mentadbir Melaka perkara yang bakal diketengahkan ialah usaha memanfaatkan tanah terbiar untuk kegiatan ekonomi dan pertanian moden menerusi Aspirasi Melaka Rumah Kita.

Menurut beliau, Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan keluasan bertanam di Melaka sebanyak 77,965.8 hektar bagi tahun rujukan 2023.

Kata Adly, angka ini menunjukkan asas pertanian yang sedia ada untuk diperkukuh melalui pengaktifan kawasan sesuai, pengurusan sumber air dan penggunaan teknologi bagi meningkatkan hasil.

“Kesinambungan sektor ini turut memerlukan penyertaan generasi baharu. Berdasarkan bancian sama, 55.2 peratus pemegang pertanian individu di Melaka berumur 60 tahun ke atas, manakala golongan berusia 15 hingga 30 tahun hanya merangkumi 2.4 peratus.

“Oleh itu, akses kepada tapak perlu disertai latihan praktikal, peralatan bersesuaian dan bimbingan perniagaan supaya anak muda mampu membina usaha tani yang berdaya maju,” katanya ketika sidang media pada Jumaat.

Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka menyebut, pengeluaran pula mesti dirancang mengikut permintaan pasaran.

“Justeru, hubungan antara petani, pemborong, pasar dan peruncit perlu diperkukuh supaya hasil mempunyai pembeli, pembaziran dapat dikurangkan dan pengusaha memperoleh pulangan munasabah.

“Bekalan tempatan yang lebih stabil juga dapat membantu mengurangkan risiko gangguan bekalan makanan yang membebankan perbelanjaan keluarga.

“PH menegaskan bahawa pemberian akses kepada tanah negeri mesti berasaskan syarat yang jelas, pemilihan telus dan pemantauan berkala.

“Keutamaan wajar diberikan kepada mereka yang bersedia mengusahakannya, dengan kemajuan projek dinilai melalui kawasan yang diaktifkan serta hasil yang dikeluarkan.

“Tanah ialah aset rakyat. Pengurusannya mesti membawa manfaat berkekalan kepada Melaka,” jelas beliau.

Calon PH Bukit Katil itu, PH akan merangka langkah strategik supaya generasi muda berminat untuk mengusahakan bidang pertanian sekali gus memanfaatkan tanah-tanah terbiar dengan memperkenalkan tekonologi pertanian moden.

“Kita (PH) akab memberikan akses tanah negeri untuk diusahakan generasi muda. Banyak kawasan tanah terbiar di daerah Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin.

“Banyak tanah dimiliki kerajaan negeri tetapi tidak diusahakan dengan pertanian jangka pendek (tanaman kontan) seperti sayur, cili dan sebagainya.

“Begitu juga dengan tanah-tanah wakaf yang tidak digunakan untuk tempoh jangka masa panjang, kiat boleh sewakan supaya ia dimanfaatkan.

“Selain itu, kita akan bekalkan anak muda ilmu tentang pertanian bahawa pertanian turut menjana pendapatan bulanan, cara pemasaran hasil dan komitmen hasil pertanian. Memandanfkan dunia memang ke arah keterjaminan makanan,” katanya.

Jelas Adly, kerajaan negeri mesti memaksimakan penyertaan orang muda dalam bidang pertanian kerana kalau tak diusahakan ia akan diusahakan warga asing.

“Masa saya ke Permatang Pasir banyak sawah diusahakan tanaman serai oleh warga Bangladesh – itu kerja sambilan mereka usahakan tanah terbiar untuk tanam serai.

“Bagi mengekang warga asing, kita akan memanfaatkan tanah di negeri, kita kena susun balik tanah tanah kita jika PH pimpin Melaka,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat