Beg tangan berjenama bukan sekadar aksesori untuk melengkapkan penampilan, malah bagi sesetengah pemiliknya, ia menjadi koleksi bernilai yang menyimpan pelbagai kenangan. Namun, apabila tiba masanya untuk bertukar kepada rekaan baru atau memerlukan wang, tidak semua tahu bagaimana untuk menjual semula beg yang pernah dibeli dengan harga ribuan ringgit.
Melihat kepada keperluan itu, Hieda Natasha Monarchy tampil membina platform yang memberikan peluang kepada pemilik beg mewah untuk menjual semula koleksi mereka menerusi perkhidmatan buy-off dan konsainan.
Usaha itu diteruskan menerusi Hieda Natasha Monarchy 11.11 Preloved Bag Festival 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 11 November di Perdana Industrial Park, Puchong, Selangor. Festival selama lima hari ini menyasarkan penghimpunan sebanyak 10,000 beg berjenama preloved, sekali gus membuka ruang kepada orang ramai untuk meneroka pasaran beg mewah terpakai dalam suasana lebih mudah dan tersusun.
Di sebalik penganjuran festival ini, tersimpan perjalanan pengasasnya, Hieda Natasha, yang mempunyai pengalaman selama 11 tahun dalam industri penerbangan sebelum mengembangkan kerjaya sebagai personal shopper dengan mendapatkan koleksi beg dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Daripada pengalaman tersebut, Hieda mula melihat peluang dalam pasaran beg mewah preloved, khususnya apabila ramai pemilik beg berjenama tidak mempunyai platform sesuai untuk menjual semula koleksi mereka. Ada yang ingin mendapatkan rekaan baharu, mengurangkan koleksi atau memerlukan wang untuk urusan peribadi dan keluarga.
“Dulu saya cuma menjual beg-beg terpakai. Tetapi apabila sudah ada flagship, kita mula membeli balik beg pelanggan atau orang Malaysia yang ingin menjual beg mereka,” katanya.
Menerusi perkhidmatan buy-off dan konsainan, Hieda Natasha Monarchy kini menyediakan ruang kepada pelanggan untuk menjual beg dengan lebih mudah, sekali gus memberikan peluang kepada koleksi lama untuk menemui pemilik baharu. Menurut Hieda, ada pelanggan yang menjual beg bagi menampung bil dan urusan perubatan keluarga, menjadikan perniagaan ini lebih dekat dengan keperluan masyarakat.
Menerusi Hieda Natasha Monarchy 11.11 Preloved Bag Festival 2026, pihaknya menyasarkan penghimpunan sebanyak 10,000 beg berjenama preloved sepanjang festival. Pengunjung turut berpeluang mendapatkan pelbagai barangan seperti beg tangan, kasut dan dompet, termasuk koleksi daripada jenama popular seperti Louis Vuitton, Dior dan Chanel.
Bagi Hieda, penilaian beg tidak hanya bergantung kepada kotak atau aksesori asal, sebaliknya keadaan beg menjadi keutamaan. Beg yang masih elok digunakan atau mempunyai kerosakan kecil yang boleh dibaiki turut dinilai berdasarkan keadaan semasa.
Dalam pasaran beg mewah preloved, ketulenan menjadi perkara paling penting. Hieda Natasha Monarchy memastikan setiap beg melalui proses pengesahan sebelum ditawarkan kepada pelanggan, selain memberikan jaminan wang penuh sekiranya barangan didapati tidak tulen.
Kini, dengan pasukan seramai 19 orang, Hieda turut mengembangkan perkhidmatan kepada pengesahan, penyimpanan dan pembaikan beg. Beliau pernah mengikuti pembelajaran berkaitan pembaikan beg di China selama dua bulan sebelum membawa tenaga pakar untuk melatih pasukannya di Malaysia.
Usaha itu membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan lebih menyeluruh, daripada menjual beg lama hingga menjaga koleksi yang masih ingin digunakan. Hieda turut mengingatkan pemilik beg supaya menyimpannya di tempat sesuai dengan pengudaraan baik bagi mengelakkan kelembapan dan pertumbuhan kulat.
Festival kali ini turut menjadi ruang penghargaan kepada pelanggan. Pada kemuncak 11 November 2026, sebanyak 40 pembeli berpeluang memenangi pakej Umrah tajaan sepenuhnya oleh Hieda Natasha Monarchy, manakala lima pelanggan daripada kategori buy-off dan konsainan berpeluang membawa pulang jongkong emas.
Menurut Hieda, usaha itu meneruskan kejayaan tahun lalu apabila beliau membawa 10 pemenang menunaikan Umrah. Tahun ini, jumlah tersebut digandakan kepada 40 orang sebagai tanda berkongsi rezeki dan menghargai sokongan pelanggan. Pembelian dompet, jam dan kasut turut melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah.

Perjalanan Hieda membina perniagaan ini bukanlah mudah. Bermula dari rumah, berkembang kepada kedai kecil sebelum membuka flagship, beliau turut melalui pengalaman berjauhan daripada keluarga hampir 20 hari setiap bulan ketika mendapatkan stok di Shanghai.
Namun, pengalaman itu mengajarnya tentang kepentingan kerjasama dan membina ekosistem yang lebih tersusun. “Bagi saya, kejayaan bukan untuk diri saya seorang. Kejayaan adalah apabila kita bersama-sama, bersatu dan berkembang maju,” katanya.
Dengan kerjasama PS di Malaysia, festival ini turut membuka peluang kepada lebih ramai peminat beg berjenama dan pemilik koleksi untuk meneroka pasaran preloved. Hieda berharap industri ini terus berkembang melalui kerjasama komuniti, sekali gus memberikan manfaat kepada lebih ramai pelanggan.
Dalam dunia yang sentiasa mengejar sesuatu yang baru, Hieda Natasha Monarchy membawa satu perspektif berbeza: beg yang pernah dimiliki tidak semestinya kehilangan nilainya. Ia masih boleh menjadi sebahagian daripada cerita baharu, daripada satu pemilik kepada pemilik seterusnya.
Hieda Natasha Monarchy 11.11 Preloved Bag Festival 2026 berlangsung dari 7 hingga 11 November, jam 11 pagi hingga 7 malam, di Perdana Industrial Park, No. 6, Jalan PP 16/7, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor.
Festival ini menjadi peluang untuk orang ramai meneroka koleksi beg berjenama, menjual semula beg mereka dan menjadi sebahagian daripada pasaran preloved yang terus berkembang.
Kerana kadangkala, beg yang lama tersimpan bukanlah penamat sebuah cerita, tetapi permulaan kepada perjalanan yang baru.



