PM Seru Mensyukuri Nikmat, Sedia Berkorban Membantu Yang Daif

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru Keluarga Malaysia agar mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan berkorban untuk membantu yang memerlukan dan mengajak menginsafi nasib mereka yang lebih daif dengan melakukan kebajikan agar yang miskin tidak terpinggir.

Jelasnya, kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu yang daif adalah kebajikan yang diseru oleh Islam.

Ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Maha Pencipta, katanya.

Ujarnya lagi, ianya selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang beliau cetuskan pada Ogos tahun lalu iaitu bagi memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang ketinggalan atau “no one will be left behind”.

Ismail Sabri berkata demikian sempena Perutusan Khas Hari Raya Aidiladha yang disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

“Kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu yang daif adalah kebajikan yang diseru oleh Islam. Ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Maha Pencipta.

“Aidiladha juga mengajar kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan berkorban untuk membantu yang memerlukan dan menginsafi nasib mereka yang lebih daif dengan melakukan kebajikan agar yang miskin tidak terpinggir.” katanya.

Dalam pada itu, Kerajaan pada masa kini sedaya upaya berusaha untuk menangani impak inflasi global termasuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Jelas beliau, pasukan ini berperanan menyatukan semua kementerian dan agensi-agensi berkaitan bagi menyelesaikan kesulitan yang dihadapi oleh Keluarga Malaysia dengan segera.

Namun menurutnya, Kerajaan tidak dapat melakukannya sendirian. Justeru, beliau menyeru seluruh Keluarga Malaysia bersamasama berganding bahu menanganinya.

“Ini adalah jihad kita bersama untuk memastikan ekonomi negara kembali pulih.” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,207FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat