PM, Isteri Ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Sri Muhaini Zainal Abidin mengucap Selamat Menyamhut Hari Raya Aidiladha kepada Keluarga Malaysia yang beragama Islam.

Menerusi catatan Facebooknya, Perdana Menteri mengharapkan Hari Raya Aidiladha pada kali ini disambut dengan penuh keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran.

Beliau juga mendoakan Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung halaman masing-masing selamat tiba ke destinasi dengan selamat.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

“Segala puji-pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

”Syukur ke hadrat Allah SWT, seluruh muslimin dan muslimat dapat kembali meraikan sepenuhnya Hari Raya Aidiladha pada tahun ini selepas dua tahun kita berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Sesungguhnya Hari Raya Aidiladha pada kali ini disambut dengan penuh keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran.” Katanya.

kata Ismail Sabri lagi, pada tahun ini, lebih 14,000 jemaah Malaysia menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci Mekah.

“Saya mendoakan kesemua mereka dikurniakan haji yang mabrur.

“Selamat menunaikan ibadah korban saya ucapkan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah korban. Kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu yang daif adalah diseru dalam Islam. Ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Maha Pencipta.” ujarnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat