PKR Tolak Shafie Calon PM, Dakwa Mahathir Sengaja Nak Memalukan Anwar – Laporan

Pemuda DAP Gesa Berpisah Dengan PKR Jika Anwar Enggan Minta Maaf

CYBERJAYA - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini membuat gesaan terbuka supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada rakan sekutu dalam...

Doktor Maklumkan Saya Mungkin Mati Mengejut Dalam Sebulan Ini – Bob Lokman

KUALA LUMPUR - "Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut,". Demikian kata pelakon, pelawak dan penulis lirik popular,...

Tiada Laporan Jangkitan Covid-19 Dari Sarung Tangan – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Tiada laporan diterima Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung jangkitan Covid-19 daripada sarung tangan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,...

Rugi RM9.95 Bilion Tahun 2019, Pemuda UMNO Desak Tubuh RCI Siasat TH, UJSB

KUALA LUMPUR – Pendedahan Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah mengenai kerugian bersih syarikat Urusharta Jemaah Sdn. Bhd. (UJSB) sebanyak RM9.95 bilion bagi...

Malaysia Terima 12.8 Juta Dos Vaksin Covid-19 Tahun Depan – PM

CYBERJAYA - Malaysia akan memperolehi sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 pada tahun depan yang dijangka dapat menampung keperluan imunisasi untuk kira-kira 6.4 juta...

PETALING JAYA – PKR menolak cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengangkat Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri (PM) manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sinchew Daily melaporkan, PKR bertegas supaya Anwar menjadi calon PM dan pendirian itu tidak tergoyang oleh cadangan alternatif oleh Dr. Mahathir.

“Tindakan Dr. Mahathir ini adalah untuk memalukan Anwar, bukannya ikhlas mengangkat Shafie sebagai PM.

“Jangan lupa bahawa parti yang dipimpin Shafie adalah parti pelbagai kaum, bukannya parti Melayu,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Kata sumber itu, mengikut prosedur, PKR hanya akan berbincang tentang cadangan gandingan baharu sekiranya ia dibangkitkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) oleh parti komponen.

Katanya, Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat pada Ahad justeru tidak membincangkan cadangan Shafie sebagai PM secara rasmi, tetapi isu itu hanya dibangkit secara ringkas dalam mesyuarat.

“Daripada pemimpin yang berbicara dalam mesyuarat, tiada seorang pun yang menyokong Shafie sebagai PM.

“PKR tidak membincangkan isu ini secara rasmi, kami tidak peduli melainkan DAP atau Amanah membangkitkannya dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Pendirian kami justeru adalah selari dengan keputusan yang dibuat sebelum ini, iaitu menyokong Anwar sebagai PM,” katanya.

Menurut sumber, Sekretariat PH akan memanggil mesyuarat pada 2 Julai dan isu gandingan Shafie-Anwar-Mukhriz mungkin dibincangkan jika ada parti komponen yang membangkitkannya.

Selepas melepasi Sekretariat PH, isu itu akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat Majlis Presiden PH.

Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin PKR berkata, mesyuarat pada Ahad tertumpu kepada isu disiplin parti dan persediaan menghadapi pilihan raya kilat, sementara isu Shafie sebagai PM tidak dibincang secara rasmi.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Ketua Armada Bersatu Pertahan Cadangan Supaya BNM Cetak Lebih Banyak Duit

PETALING JAYA - Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal menggesa pihak berkenaan tidak bingkas mengkritik saranannya agar Bank Negara Malaysia (BNM) ‘mencetak duit’ untuk...

Berita Berkaitan