Raveena rindu gincu merah

- Advertisement -

Susulan gelombang kedua Covid-19 di India, pelakon Raveena Tandon tampil menghulur bantuan kepada masyarakat di negara itu dengan menyalurkan tabung oksigen untuk pesakit yang memerlukan.

Bantuan terbabit disalurkan ke sebuah hospital di Delhi dengan kerjasama Yayasan Rudra.

Malah, pelakon berusia 46 tahun itu turut berkongsi foto memaparkan tabung-tabung oksigen yang akan disalurkan ke hospital terbabit.

“Pasukan saya sedang dalam perjalanan ke Delhi. Bantuan saya, mungkin kecil umpama setitis air di lautan. Tetapi, saya harap bantuan sekecil ini akan membantu ramai orang,” ujarnya.

Raveena turut meminta masyarakat yang berkemampuan untuk turut sama menyalurkan sumbangan berbentuk wang untuk pembelian lebih banyak

lagi bekalan tabung oksigen ke hospital.

Dalam pada itu, Raveena mengakui rindu untuk kembali menjalani penggambaran selepas hampir setahun India berdepan dengan ‘peperangan’ Covid-19 ini.

Kata Raveena, dia merindui untuk memakai gincu merah di bibir ketika menjalani penggambaran.

Menerusi perkongsian di Instagram, Raveena mengenakan gaun berwarna merah beserta gincu merahnya dalam satu sesi fotografi.

“Foto ini adalah momen terakhir sebelum kita semua wajib memakai pelitup muka. Rindu gincu merah saya, setiap kali beraksi untuk penggambaran atau sesi fotografi.

“Saya juga merindui suasana penggambaran dan gelak ketawa bersama pekerja produksi. Semoga perasaan seronok ini akan datang semula nanti.

“Tak tahu kenapa tiba-tiba rindu nak kerja. Kalau dulu tak sabar nak bercuti apabila penat bekerja, tapi sekarang terpaksa tunggu pandemik ini reda sebelum dapat kembali menjalani penggambaran semula.

“Apapun, saya percaya dan yakin kita mampu melawan wabak ini bersama-sama hingga ia berakhir,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat