Atta nafi ibu bapa diusir dari Malaysia

- Advertisement -

Jakarta: YouTuber popular Indonesia, Atta Halilintar menafikan khabar angin yang mengatakan ibu bapanya diusir dari Malaysia kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Atta berkata, berita yang tular itu adalah palsu dan keluarganya yang kini berada di Malaysia berada dalam keadaan baik.

“Tidak, keluarga tidak diusir, malah mereka bersahabat dengan masyarakat di sana (Malaysia). Ini kerana sejak dulu jika kita berpindah ke satu tempat, kita pentingkan kesejahteraan bersama. Keluarga saya memang ikut peraturan,” katanya.

Menurut Atta, dia sudah mengenal pasti penyebar gosip berkenaan dan individu itu sudah pun memohon maaf.

Atta berkata, ibu bapanya kecewa dengan apa yang berlaku.

Disebabkan penularan Covid-19, sudah hampir setahun Atta tidak berkesempatan bertemu ibu bapanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat