60 Kluster Berpunca Dari Sambutan Aidilfitri dan Hari Gawai – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 60 kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan rekod yang bermula 13 Mei lalu hingga hari ini, terdapat sebanyak 58 kluster melibatkan Hari Raya Aidilfitri manakala Hari Gawai pula, dua kluster.

Katanya, seramai 3,511 kes Covid-19 selepas 13,023 individu disaring dalam kluster ini, yang menjadikan kadar positif adalah sebanyak 27.0 peratus.

“Sebanyak 20 kematian direkodkan daripada jumlah 3,511 kes positif dan sehingga kini, 11 orang masih dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sabah mencatatkan bilangan kluster perayaan yang tertinggi iaitu 11 kluster; Sarawak, lapan kluster dan Kedah, tujuh kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, situasi peningkatan kes dan kematian yang dilaporkan bagi kluster perayaan ini dianggap serius dan membimbangkan kerana berlaku dalam tempoh singkat.

Katanya, sekiranya masyarakat masih lagi leka serta tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri semasa musim perayaan tersebut, tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak berulang di negara kita.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk melindungi golongan rentan, khususnya ibu bapa yang uzur di kampung halaman dengan tidak mendedahkan mereka dengan jangkitan virus SARS-CoV-2 ini.

“Rakyat wajar mencontohi negara-negara jiran yang telah berjaya mengawal situasi pandemik Covid-19 dengan baik di negara mereka. Mereka telah membuktikan bahawa dengan kerjasama antara semua pihak dan kepatuhan yang tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan, fungsi kehidupan kepada normal mampu menjadi kenyataan,” katanya.

Tambahnya, semua pihak digesa untuk kekal duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak di luar dan daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Ia bagi membentuk imuniti kelompok dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua lapisan masyarakat. –  Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat