Kesedaran Keselamatan Siber Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Masih Rendah – Zahidi

KUALA LUMPUR – Tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan rakyat di negara ini masih rendah sehingga ramai menjadi mangsa jenayah siber, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Selain itu katanya masih ramai juga rakyat di negara ini tidak mengamalkan penggunaan teknologi dengan beretika dan bertanggungjawab.

“Malahan kerugian jutaan ringgit turut dialami oleh mangsa seperti direkodkan oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya semasa menjadi tetamu jemputan program bual bicara Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di RTM 1, di sini, hari ini

Zahidi berkata KKMM menerusi CyberSecurity Malaysia menerima sebanyak 4,615 laporan insiden keselamatan siber sejak Januari hingga Mei tahun ini menerusi Pusat Bantuan Cyber999.

Beliau berkata daripada jumlah laporan berkenaan, tiga laporan tertinggi melibatkan penipuan iaitu sebanyak 3,229 kes, pencerobohan (765) dan kod berbahaya (256).

Menurut Zahidi antara insiden lain yang turut dilaporkan kepada pusat bantuan berkenaan termasuk spam, percubaan pencerobohan, penafian perkhidmatan, gangguan siber, laporan kerentanan dan berkaitan kandungan.

Katanya walaupun tahap keselamatan siber di negara ini masih tidak membimbangkan namun masyarakat perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai keselamatan siber dan teknologi terbaharu serta sentiasa berwaspada terhadap bentuk ancaman siber terkini.

“Saya menggesa orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga antaranya dengan memastikan kata laluan yang kukuh, memasang dan mengemas kini perisian antivirus pada gajet digital serta menggunakan rangkaian yang selamat semasa melakukan transaksi dalam talian sama ada untuk urusan perbankan atau pembelian barangan dalam usaha membanteras jenayah siber ini,” katanya. – Bernama

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan...

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

BBC, Majlis Pembangkang Selangor Sokong Persidangan Dun Diadakan Segera

KUALA LUMPUR: Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...