Kes Covid-19 Melonjak Naik Bukan Kerana PRN Sabah – Shafie Apdal

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan kes Covid-19 melonjak naik disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan tahun lalu sebaliknya beliau mendakwa ia berlaku disebabkan kerajaan yang ada pada hari ini.

Dakwanya, tidak mungkin pilihan raya diadakan jika pihak terbabit tidak rakus dengan kuasa untuk ‘membeli’ wakil rakyat dan menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan sokongan.

“Bukan kerana pilihan raya diadakan semata-mata maka berlakunya keadaan kes Covid-19 meningkat secara mendadak. Perbuatan itu dilakukan oleh pihak kerajaan yang ada pada hari ini.

“Tidak mungkin pilihan raya boleh diadakan kalau mereka tidak rakus dengan kuasa membeli dan mengambil beberapa tindakan penguatkuasaan untuk mengalihkan dan mendapat sokongan daripada wakil-wakil rakyat.

“Jika itu tidak dilakukan, kita masih menjadi kerajaan yang stabil,” katanya dalam satu forum yang diadakan secara maya pada malam Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya moderator bahawa ramai berpendapat kes Covid-19 melonjak naik susulan PRN Sabah sedangkan situasi ketika itu sudah terkawal.

Katanya lagi, pelbagai langkah diambil ketika beliau menjadi Ketua Menteri untuk mengatasi Covid-19 termasuk menyekat penerbangan dari negara lain seperti dari Wuhan, China.

“Tiada kerajaan yang ada di Malaysia mengambil tindakan tegas. Waktu kita jadi kerajaan, kita ‘lockdown’ penerbangan malah dari semua bukan hanya dari Wuhan. Kita mempunyai banyak pelancong dari China, tetapi kerajaan negeri ketika itu mengambil tindakan tegas untuk tidak menggalakkan dan menerima pelancong-pelancong dari China khususnya dari Wuhan.

“Kerana kita dapati keadaan itu boleh memudaratkan rakyat kita dan juga penduduk di Sabah, maka dipersoalkan oleh Menteri Pengangkutan ketika itu dan Tun Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) kerana kuasa ruang udara di bawah bidang kerajaan Persekutuan.

“Saya akui tetapi saya nyatakan pada mereka, boleh mendarat di Kota Kinabalu tetapi kuasa imigresen di bawah kuasa kerajaan Sabah dan kita boleh menghalang mana-mana pihak yang datang tanpa mengambil perhatian faktor keselamatan, mengganggu gugat ketenteraman, itu ada dalam bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) sekali lagi menegaskan bahawa peningkatan kes Covid-19 bukan kerana pilihan raya.

“Pilihan raya tidak mungkin diadakan kalau mereka tidak kacau, seperti juga kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berubah yang mana telah diberi mandat rakyat dalam pilihan raya lalu. Tetapi mereka pecah belah, pecah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pecah PKR, pecah UMNO, jadilah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kalau mandat rakyat itu diteruskan tanpa ada desakan daripada mana-mana pihak kepada Tun Mahathir, tidak mungkin beliau melepaskan jawatannya. Tapi desakan demi desakan bukan hanya daripada luaran tetapi dalaman partinya,” katanya. – Sinar

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Zahid Sembah Kepada Agong, UMNO Tinggalkan Kerajaan 1 Ogos 2021?

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan...

Berita Berkaitan

Pembangkang Cuma Boleh Cetus Huru-Hara Tapi Tidak Akan Berjaya – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR - Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyuntik keyakinan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat masih takut-takut untuk membuka...

Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan untuk...

Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Polis

PETALING JAYA - Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Kejadian yang...