Kelantan ‘maju’ sebab tiada UMNO , intelektual sikit nak perkecil lawan – Zahid

- Advertisement -

BUKIT GAMBIR – “Jadi Kelantan ‘maju’ sebab tiada UMNO, ” demikian respons balas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap analogi kempen Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah.

Zahid menganggap hujah kempen Timbalan Menteri Besar Kelantan itu sebagai cetek, remeh dan tidak intelektual untuk memeperkecilkan parti lawan.

“Cetek sangatlah. Dia (Nik Mohd Amar) tak ingat ke dahulu di Singapura pun ada UMNO dan kemudian ditukar kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS).

“Kalau kita mahu memperkecilkan pihak lawan ataupun rakan-rakan politik yang lain, saya fikir gunalah alasan-alasan yang lebih intelektual.

“Kalau macam itu Amerika maju kerana tiada UMNO juga?atau Perancis?jadi Kelantan maju kerana tiada UMNO? tempelak Zahid.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata demikian ketika ditemui media di Kampung Sawah Ring, Gerisek selepas mengadakan ceramah kelompok.

Kata Zahid lagi, tohmahan sedemikian sangat tidak ilmiah.

“Saya fikir alasan-alasan kebudak-budakkan ini kita tak perlu layanlah.

“Biarlah alasan yang intelektual. Perkara itu perkara yang terlalu remeh untuk saya berikan respon,” ulas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Terdahulu, media melaporkan,Nik Mohd Amar memberi analogi tersendiri ketika berkempen untuk memenangkan Perikatan Nasional (PN) menjelang hari pembuangan undi pada 12 Mac ini.

Sempat meminta maaf kerana membuat perbandingan dengan Singapura, pemimpin kanan PAS itu berkata republik tersebut jauh lebih maju berbanding Malaysia.

Hal itu kerana, kata Mohd Amar, tiada UMNO-BN di Singapura.

“Cuba kita lihat Singapura, mana yang lebih maju antara Singapura dengan Malaysia?

“Tentulah yang lebih maju ialah Singapura. Saya meminta maaf untuk bertanya secara berterus-terang, UMNO ada ke di Singapura?

“Ada BN ke di Singapura? Tak ada. Ini bermakna, jika tak ada UMNO, ia menjadi lebih mudah untuk membangunkan negara,” katanya seperti dipetik portal berita rasmi PAS, Harakahdaily, semalam.

PAS terus menggiatkan serangannya terhadap Umno-BN di sebalik kerjasama yang terjalin di antara mereka untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat