UMNO akan nasihatkan PM segerakan PRU-15 dalam perbahasan PAU – Zahid

- Advertisement -

BUKIT GAMBIR- Fokus utama Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung 16 hingga 19 Mac ini antara lain ialah ‘menasihatkan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu cuma Perdana Menteri sahaja mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi membuka jalan kepada pilihan raya umum.

“PRU-15 akan ditentukan oleh Perdana Menteri, cuma Perdana Menteri ada kuasa untuk menasihatkan Agong, jadi kita (UMNO) nasihatkan Perdana Menteri lah.

“Pembahas dari negeri-negeri akan membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO dalam PAU dan daripada itu kita akan menggali apakah dapatan pandangan-pandangan daripada mereka.

“Maka ketetapan atau usul akan dibuat daripada apa yang akan disampaikan oleh jurucakap-jurucakap kerajaan berdasarkan fakta-fakta politik semasa.

“Jika sebahagian besarnya memerlukan apa yang disebut sebagai memperolehi mandat baru daripada rakyat, maka itulah akan menjadi ketetapan pada Perhimpunan Agung UMNO nanti,” jelas Zahid.

Dalam pada itu kata Zahid beliau selaku Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) memainkan peranan menjaga parti, manakala Ismail Sabri merupakan Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri berfungsi menjaga kerajaan dan perkara itu bergerak seiring. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat