Kertas Putih Vaksin : Teliti tatacara perolehan secara telus – Dr Zaliha

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan pasukan kerja bagi merangka Kertas Putih untuk memberi gambaran secara komprehensif mengenai pengurusan perolehan vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan hari ini berkata Kertas Putih itu akan meneliti tatacara perolehan secara telus demi manfaat rakyat.

“Ini berikutan penemuan awal oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjalankan due diligence secara terperinci khususnya terhadap terma-terma perjanjian bekalan vaksin COVID-19 yang telah ditandatangani serta dibuat semasa tempoh darurat.

“Sehubungan dengan itu, bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri juga, KKM akan memastikan sebarang urusan perolehan termasuk perolehan vaksin COVID-19 di bawah kementerian ini dilaksanakan dengan lebih teliti, berintegriti serta memastikan ia mempunyai manfaat timbal-balik kepada Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembelian vaksin COVID-19 akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang kerana didapati tidak mengikut prosedur serta dilakukan tanpa melalui persetujuan Peguam Negara (AG).

Anwar dilaporkan berkata Kertas Putih berkenaan akan dibentangkan kerana pada peringkat awal dikesan terdapat ketirisan kerana dipercayai tidak melalui peraturan atau proses yang sepatutnya serta perolehan bagi sesetengah vaksin itu amat diragui dari segi jumlah dan kos yang terlibat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat