Pengusaha Makanan Kongsi Rezeki Sediakan Juadah Percuma Sepanjang PKPB

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha nasi ganja, Mek Jang Cafe berkongsi rezeki dengan menyediakan juadah percuma bagi golongan memerlukan bantuan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pemiliknya, Norharizan Hassan, 41, berkata, juadah percuma itu diletakkan dalam bakul makanan di hadapan kedainya di Kampung Losong Atap Zin, di sini.

Katanya, inisiatif itu adalah amalannya sejak penglibatan awal dalam bidang perniagaan makanan pada 2018 dan diteruskan sehingga kini.

“Setiap hari, sebanyak 10 bungkus nasi ganja disediakan dan usaha ini bukan daripada saya seorang tetapi turut disumbangkan pelanggan.

“Kebanyakannya yang menikmati manfaat itu ialah orang kurang upaya (OKU), warga emas dan gelandangan, malah ada juga dalam kalangan penganggur yang datang mengambil nasi ganja,” katanya di sini hari ini.

Norharizan berkata, pada hari pertama pelaksanaan PKPB di Terengganu hari ini, sebanyak 25 bungkus nasi ganja percuma disediakan hasil sumbangan pelanggan di kedainya.

Katanya, selain diletakkan di kedai, sumbangan nasi diagihkan kepada warga emas dan petugas barisan hadapan di sekitar Kuala Terengganu, sebelum ini.

“Saya amat berterima kasih kepada para pelanggan kerana menerusi sumbangan mereka lebih banyak lagi rezeki yang dapat dikongsikan dengan golongan memerlukan bantuan,” katanya.

Selain nasi ganja, ibu kepada tiga anak termasuk seorang OKU berusia 16 tahun itu turut menjual nasi dagang di samping aneka kuih-muih dengan dibantu suaminya, Mohd. Faizal Nizam Mohd. Speri, 40. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat