MKN, KKM Arah Jadual Saingan Piala Malaysia Ditunda Tarikh Baru

- Advertisement -

PETALING JAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan agar kejohanan bola sepak berprestij, Piala Malaysia ditangguhkan ke tarikh yang baru.

Keputusan ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan oleh kerajaan melibatkan semenanjung Malaysia kecuali di Pahang, Kelantan dan Perlis bermula semalam hingga 6 Disember depan kerana penularanan wabak Covid-19.

Ismail Sabri berkata, meskipun saingan Piala Malaysia dilangsungkan tanpa penonton, bola sepak adalah sukan bersentuhan yang boleh mendatangkan risiko jangkitan Covid-19 yang tinggi terhadap semua pemain.

“Saya minta maaf kepada peminat bola sepak. Hasil mesyuarat yang dibuat bersama KKM kami bersetuju untuk mengesahkan saingan Piala Malaysia perlu ditangguhkan ke satu tarikh baharu kemudian,” katanya pada sidang media harian Covid-19 sebentar tadi.

Sebagai rekod, aksi Piala Malaysia sudah pun membuka tirai pada pusingan pertama yang lepas dengan lapan pasukan bakal berentap di pentas suku akhir dengan jadual perlawanan sepatutnya dikeluarkan dalam masa terdekat.

Lapan pasukan yang layak adalah Selangor, Kedah, Terengganu FC, UiTM FC, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat