PAS juga tidak akan jalin sebarang kerjasama selagi Zahid Presiden Umno – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS juga tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Umno selagi Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menjadi Presiden parti itu.

Demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai membalas ucapan Zahid semalam bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan partinya jika Tan Sri Abdul Hadi Awang terus menerajui PAS.

“PAS pun tak akan menjalin kerjasama selagi Zahid jadi Presiden.

“Saya lihat keputusan (Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah ‘signal’ jelas.

“Perikatan Nasional (PN) mampu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 dengan kekuatan yang ada pada PN,” memetik laporan BH.

Terdahulu, Zahid yang juga Pengerusi BN menyatakan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim yakin selagi Zahid menerajui Umno, ia akan menjadi ‘berita baik’ kepada PN.

“Penolakan pengundi Melayu bahkan Cina dalam PRK itu jelas rakyat menolak kerajaan. Saya yakin, selagi Zahid memimpin Umno, ia menjadi berita baik bagi PN.

“Kerana ia akan melarikan ahli Umno kepada PN, bahkan ia menjadi liabiliti kepada kerajaan PH-BN,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Hadi sudah mengangkat kejayaan besar PAS dalam sejarah perjuangan dan ia petanda beliau berada di atas laluan yang betul.

“Bahkan Presiden PAS terus istiqamah di atas dasar penyatuan ummah atas dasar dan panduan Ilahi, bersatu di atas kebaikan dan taqwa, bukan bertolong bantu dalam mendokong kebatilan dan dosa,” katanya.

Untuk rekod, Umno dan PAS pernah membentuk kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) selepas berakhirnya PRU ke-13 pada 2018, namun hubungan itu terlerai sekitar 2022.

Keputusan PAS untuk menerima BERSATU sebagai rakan kerjasama politik atas nama penyatuan ummah, bagaimanapun tidak disenangi Umno yang melihat usaha itu akan melemahkan kedudukan parti Melayu berkenaan.

Kini, Umno dan BN membentuk blok Kerajaan Perpaduan bersama PH dan parti dari Sabah serta Sarawak, dengan PAS berada di blok pembangkang.

PAS kini mempunyai 43 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, menjadikan mereka blok parti Melayu terbesar setakat ini, sementara Umno pula dengan 26 Ahli Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat