China dakwa kapal perang Filipina rosakkan terumbu karang di pulau Nansha

- Advertisement -

BEIJING – China mendakwa kapal perang Filipina merentas secara haram di pulau Nansha atau nama umumnya Kepulauan Spratly di Laut China Selatan hingga ‘merosakkan’ ekosistem terumbu karang dengan teruk di kawasan itu.

Tuduhan itu didakwa ketika kedua-dua negara bertelagah merebut wilayah yang dipertikaikan di lokasi terumbu di laluan perairan yang luas.

Kementerian Sumber Asli China, dalam laporan komprehensif berkata, kapal perang Filipina merentas secara haram di sekitar Beting Thomas Kedua berhampiran Kepulauan Nansha.

“Kekerapan kapal berkenaan berulang alik untuk tempoh masa yang lama menyebabkan kerosakan pada kepelbagaian, kestabilan dan kemampanan ekosistem terumbu karang,” katanya.

Bagaimanapun, jurucakap Pengawal Pantai Filipina dan Tentera Laut Filipina enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan China atau laporan China.

Kedua-dua negara itu sering bertelagah berhubung Kepulauan Spratly atau dipanggil Kepulauan Nansha oleh China, Beting Thomas Kedua dan Beting Sabina.

Filipina menempatkan askar di atas kapal perang, BRP Sierra Madre, yang sudah usang dan tidak digunakan lagi di Beting Thomas Kedua, yang sengaja diletakkan oleh Manila sebagai pangkalan tenteranya pada 1999 untuk mengukuhkan tuntutan maritimnya.

Laporan itu mencadangkan supaya Filipina mengalihkan kapal perang ‘haram’ itu untuk menghapuskan punca pencemaran dan mengelak daripada ia menyebabkan kemudaratan berterusan dan terkumpul kepada ekosistem terumbu karang.

China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan sebagai wilayahnya sendiri, selepas Beijing menolak keputusan 2016 oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap berpangkalan di The Hague, yang memutuskan tuntutan maritimnya yang meluas tidak mempunyai asas undang-undang.

Kedua-dua pihak mendakwa kerosakan terumbu karang berlaku akibat pergerakan kapal dan kapal nelayan yang beroperasi di kawasan terumbu tertentu, lapor Reuters.

Tahun lalu, Filipina berkata ia sedang meneroka pilihan undang-undang terhadap China, yang menuduhnya memusnahkan terumbu karang dalam zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat