Akibat tanah runtuh, Jalan Batu Arang-Ijok ditutup di kedua-dua arah

KUALA LUMPUR – Jalan Batu Arang-Ijok yang terletak dekat Fruit Valley, Rawang ditutup sepenuhnya di kedua-dua arah kerana kejadian tanah runtuh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 malam, Khamis lepas.

Menurut beliau, pemeriksaan awal polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Batu Awang mendapati runtuhan berlaku disebabkan kegagalan cerun atas bawah sehingga menjejaskan sebahagian struktur jalan.

“Pihak bomba memaklumkan satu laluan dari arah Ijok ke Rawang tidak selamat untuk dilalui dan penutupan jalan dilaksanakan bagi kedua-dua arah.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. Punca sebenar kejadian masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan Jalan Rawang-Kuala Selangor di Seksyen 9.90 Gombak, ditutup sepenuhnya selepas runtuhan tanah dan pokok tumbang menghalang laluan kenderaan.

JKR Selangor menyatakan kejadian itu berpunca daripada hujan lebat yang meningkatkan ketepuan tanah dan tekanan air pada kawasan cerun sehingga menyebabkan berlakunya pergerakan tanah.

Penilaian teknikal lanjut perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, menurut JKR Selangor.

JKR turut mengaktifkan pelan pengurusan trafik termasuk memasang papan tanda penutupan jalan dan lencongan, selain menjalankan kerja pembersihan serta pemantauan kestabilan cerun.

Pembinaan jalan lencongan untuk kenderaan ringan juga dirancang, tertakluk kepada penilaian teknikal dan keselamatan kawasan terjejas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat