Anwar Doakan Dr Mahathir Dilindungi Allah, Hormat Keputusan Tak Tanding PRU-15

- Advertisement -

BUKIT GAMBIR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen, termasuk Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Saya doakan beliau sihat, diberikan aafiyah (dilindungi Allah).

“Keputusan beliau tak bertanding (PRU-15) tak palah, jangan paksa,” ujar Anwar ringkas.

Sebelum itu, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, keputusan beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bertujuan memberi peluang kepada calon sesuai dan lebih muda menyertai arena politik serta pilihan raya, selain faktor kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya.

Pun begitu, Pengerusi Pejuang itu berkata, beliau akan membantu kempen yang digerakkan partinya sebelum PRU-15 sekiranya khidmatnya diperlukan. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat