Buka Sempadan Sebelum 1 April Jika BN Yakin Menang Besar – Anwar

- Advertisement -

BUKIT GAMBIR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kerajaan membuka sempadan negara sebelum 1 April sekiranya benar yakin Barisan Nasional (BN) bakal menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mempersoalkan rasional kerajaan menetapkan tarikh dua minggu dari sekarang.

“Kalau beliau (Perdana Menteri) tak yakin, tak boleh jadi Perdana Menteri lah.

“Sebab itu beliau tak berani buka sempadan, umum buka 1 April. Jika beliau yakin betul (menang), apa beza 2 minggu ini? Beliau tak yakin lah tu,” bidas Anwar.

Presiden PKR itu berkata demikian sebagai reaksi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi PRN Johor dengan majoriti dua pertiga pada 12 Mac ini bagi membentuk kerajaan negeri.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan peluang BN untuk menang di Johor adalah baik, namun gabungan parti itu perlu menang lebih daripada sekadar majoriti mudah.

Susulan itu kata Anwar sekiranya Perdana Menteri benar-benar yakin dengan kekuatan BN beliau akan segera membuka sempadan negara.

“Kalau Perdana Menteri, Ismail Sabri benar-benar yakin beliau ada kekuatan beliau boleh buka sempadan sebelum 1 April untuk membolehkan rakyat buat pilihan.

“Mungkin kalau pengundi Johor tak pilih BN, beliau akan sekat. Maknanya dia tak yakin,” dakwa Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Semalam kerajaan memutuskan untuk membuka semula sempadan negara pada 1 April ini susulan fasa peralihan ke endemik.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat bersandarkan tiga perkara iaitu fakta terkini Covid-19, keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

Menerusi pembukaan itu katanya, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan sah boleh keluar masuk negara seperti biasa dan dibenarkan ke negara yang turut membuka pintu sempadan kepada pengembara luar. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat