Umno diberi 60 hari perjelas aduan usul tambahan PAU 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi tempoh 60 hari kepada Umno untuk mengemukakan penjelasan dan segala maklumat berkait aduan mengenai usul tambahan dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022, bulan lalu.

Tempoh 60 hari itu bermula 20 Januari lalu, iaitu tarikh dua ahli Umno menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Memaklumkan demikian, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan dan pasukan peguam UMNO sudah berbincang dan akan melengkapkan segala maklumat yang diperlukan RoS.

“Mereka diberi 60 hari sediakan penjelasan lengkap. RoS ada aktanya tersendiri, saya rasa RoS mempunyai tujuan untuk menjaga kepentingan ahli mana-mana pertubuhan yang didaftarkan dengannya dan kepentingan ahli sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

“Saya percaya Setiausaha Agung akan penuhi segala permohonan RoS dan beri maklumat yang lengkap,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Seri Lestari KKDW, di Putrajaya pada Khamis lapor BH.

Beliau yakin urusan usul tambahan yang dibentang perwakilan pada PAU 2022 adalah mengikut peraturan mesyuarat yang sudah ditetapkan dan selari perlembagaan parti seperti yang sudah termaktub.

“Jadi pada hemat saya, adalah lebih adil RoS mendengar penjelasan dan aduan kedua-dua belah pihak bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan ahli dan kepemimpinan supaya tidak timbul soal tafsiran yang pelbagai.

“Ini kerana peranan RoS adalah untuk menjaga kepentingan ahli-ahli pertubuhan yang didaftarkan berdasarkan perlembagaan pertubuhan itu,” katanya.

Aduan kepada RoS dikemukakan ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap ROS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan berkenaan.

Majoriti perwakilan PAU 2022 yang hadir pada perhimpunan itu sebelum ini menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun berkata, mana-mana ahli yang mempunyai kepentingan terhadap parti boleh merujuk kepada RoS sekiranya ingin mengetahui sama ada keputusan yang dibuat perwakilan sah atau tidak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat